Tuesday, January 31, 2012

Yellow flowers on green leaves... and "daun Mempelas"

Aku suka bunga kuningnya yangberlatarbelakangkan daun hijaunya.... ayam cukup suka makan bunga ni. Manusia boleh makan jugakah?



dan ini pokok mempelas atau mempalas, bunyinya hampir sama dengan ketupat palas tapi bukan. Daunnya kasar atas bawah, kalau dulu-dulu daun ni digunakan untuk menggosok hasil kerja kayu seperti menggosok kertas pasir. Aku selalu gunakannya untuk mengikis kuku menjadi lebih halus dan mulus...






.

Monday, January 30, 2012

The Leech that never comes...

Kenal? Inilah pacat yang kecundang. Ia kecundang dari mengejar bau darah aku kerana setiap kali dia menempel ka kaki, aku ambil dan letakan semula di daun sehinggalah beberapa kali, yang akhirnya aku abadikan fotonya buat kenang-kenangan yang kami berdua pernah bermesra-mesraan...







.

The last standing spider...

Entah kenapa, mungkin memang musim lelabah agaknya, di kampung aku ada banyak lelabah... berjalan sikit saja, rambut habis tersangkut sarang lelabah.




Dah muak dengan sarang lelabah. Aku nak tutup bab sarang lelabah. Kalau aku nak shoot juga, aku akan cari lelabah yang besar-besar. Aku nak jadikan lelabah itu subjek pula, bukan sarangnya...




.

The flirting spider in action

Lelabah yang berkongsi sarang? Atau salah seekor itu cuba mengurat? aku tak pasti kerana aku tak nak tunggu lama-lama...



Masih lagi dengan labah-labah... entah kenapa aku suka melihat ketekunan labah-labah memintal sarang setiap pagi kerana setiap kali angin kuat atau hujan lebat, sarangnya akan koyak. Aku juga suka lelabah kerana kepasrahannya menunggu habuan tiba... (kecuali jumping spider, tarantula dan lain-lain yang jenis cari dan serang.





.

Sunday, January 29, 2012

The spinning spider

Kebetulan sungguh, aku terjumpa si labah-labah cilik ini sedang sibuk memintal sutera membuat sarangnya...!



Kali ini aku resize kan foto aku kepada 700pixel terpanjang, supaya lebih besar. Tetapi, saiz foto asal 3.4Mb kini menjadi hanya 257Kb sahaja. Kualitinya telah terjejas teruk...! huhuhu...






.

The spider web edition...

kalau dah nak dapat rezeki, celah mana pun boleh buat perangkap cuma kena usaha je ...



Oh, ya. Penghuninya masih tidur...ssshhh.... aku tak mahu ganggu...






.

Saturday, January 28, 2012

Forest in blurry vision...


Tak sengaja. Sebenarnya aku ambil subjek yang lain tapi tak menjadi, tak tajam. Tapi inilah hasilnya. Tak sangka aku dapat foto yang macam ni... aku suka sebab warnanya macam gaya-gaya 'black forest' gitu...




.

Mist on Padi Field on a brght Monday morning...

Kalau tengahari, sarang labah-labah yang ratusan banyaknya itu tak kelihatan tetapi dengan pertolongan kabus, sarang-sarang itu jelas kelihatan. Seperti selimut putih...






.

The dew collection no.2


Embun pagi yang mahu menitis dari sehelai daun puding merah...



Embun yang belum sempat menitis...








,

Friday, January 27, 2012

Insisi untuk "Segmen Benda Sedap : Fruit Tart"

Jangan ditunggu lagi... mutu gambar VGA dari telefon bimbit memang kurang ummphh! Tapi percayalah, rasanya memang umphhh!


Tart yang comel... aku rasa nak panggil Tart Sunti kerana kecomelannya...


Khas buat Blog Foto Tas yang mengutarakan subjek yang sama...

Sambil update blog sambil mengunyah fruit tart tu...


.

The dew on grass in a fine morning collection

Umpama manik-manik mutiara, umpama intan berlian yang tersangkut pada hujung daun...





kalaulah ia benar-benar intan yang berkilau, yang turun setiap malam yang sejuk, pasti aku akan tanam rumput itu banyak-banyak untuk menyambut intan-intan itu... pasti!


Namun harapan tinggal harapan. Kilauan bak intan itu hanya bertahan sekejap sebelum kilauannya dihembus angin dibawa kembali ke atas langit...




.

Wednesday, January 25, 2012

Happy flowers on a bright Monday morning..

Hanyalah bunga rumput di tepi sawah, namun embun dan cahaya matahari pagi menjadikan ianya sesuatu yang cantik...





.

The snail collection...

pagi yang indah, dan si siput berlendir pun muncul dari bawah daun yang berembun...



lalu menelusuri daun-daun segar...



si kecil juga tak mahu ketinggalan menjamu selera...



manakala di ayah memerhatikan sekeliling demi menjaga keselamatan bini-bininya...


Eh, siput bukankah dual-jantina?

Bermaksud, ada dua 'anu'?



.

Tuesday, January 24, 2012

The dispute of Kiambang versus Keladi Bunting...


Aku tak pasti sama ada Keladi Bunting adalah sama dengan Kiambang...



Kalaulah benar sama, maka inilah Keladi Bunting atau Kiambang... di kolam keluarga aku di kampung


... dan inilah bunganya yang berwarna ungu - lembayung...




.

Friday, January 20, 2012

The day the sun shines stronger...

sengaja aku nak abadikan foto ini di sini pula... guna kamera Nokia X7, 8MP



.

The fallen leaf and a rock in rippling water...

Di sebuah anak sungai ubahsuai di sebuah punca air panas di Sg. Klah Hotspring, Sungkai


Apa punya tajuk entri daaaa..... hahaha

Dah macam nama menu restoran di Perancis.




.

Thursday, January 19, 2012

The Green Above...

Aku pun tak tau apa yang menarik tentang foto ini... mungkin pada ranting kering itu agaknya...



.

Monday, January 16, 2012

The Colours of Twilight Zone...

Jangan betulkan fokus anda. Gambar ini sengaja tiada fokus kerana yang ingin ditonjolkan ialah warna-warna petang...




Samalah dengan foto ini, lihatlah warna-warna petang yang cantik itu... macam pewarna pastel !



Sekali-sekala, tiada fokus adalah fokus seni foto itu. Foto-foto di atas disengajakan tiada fokusnya kerana yang penting ialah kelembutan warna-warna cantik yang muncul dikala petang...

Tekniknya?

Pilihlah satu petang yang indah, pecut kereta anda lebih kurang 110 ~ 120km/j dan minta pasangan anda shoot menggunakan kamera pada telefon bimbit... mudah bukan?




.

Sunday, January 15, 2012

The Yellow Royale...

Istana Lama Bukit Chandan ...



Ada nampak garisan-garisan melintangi foto itu? itulah tanda-tanda awal 40 hari Olympus aku sebelum terkubur...



.

Kuala Kangsar, the time it was...

diantara foto-foto terakhir hayat Olympus aku...


Kuala Kangsar, 2010.  Membawa diri ke sana, melihat kewujudan aku dari sudut lain. Menyelusuri waktu-waktu lampau, melihat sejarah aku, asal aku...



.

Saturday, January 14, 2012

The Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam...

Aku bukan skodeng... lensa aku tak boleh tembusi langsir bilik-bilik itu pun.




.

Friday, January 13, 2012

...that night, it happened !

Foto diambil tanpa menggunakan tripod... hanya bertopangkan lengan, ada gegar sikit...

 

Aku suka warna birunya... warna dari lampu limpah bangunan itu...


 
Sebahagian bumbung...




.

When the smoke is going down...

Kalau tak cukup piring, boleh ambil di dinding...


Ya, tajuk memang tak ada kena mengena dengan objek...




.

Thursday, January 12, 2012

Classic tools to 'acquired knowledge'

Bukan hanya Google dan Wikipedia...




.

Wednesday, January 11, 2012

A golden plate with an attitude .. RM5,000? (Updated)

Usia piring kecil ini mencangkau 15 tahun!


Pertama kali aku menjejakkan kaki aku ke Jepun dan pertama kali juga aku menaiki kapal terbang. Pertama kali juga aku bersembang dengan orang Jepun sambil makan Shushi. Lima hari aku di sana, orang Jepun itu tak serik-serik menyuruh aku mencuba Shashimi (hidangan mentah) dan aku pula tak serik-serik mengelak dan meminta tangguh hingga ke hari akhir.

Sudahnya, aku makan Tempura. Namun, Jepun ini memang terkenal dengan persistence dan consistence, jadi tak serik-serik diajarkan aku Shashimi. Ada sekali itu, dia hidangkan aku dengan sepinggan ikan kembung yang masih hidup dan mulut masih buka-tutup sedangkan badannya telah pun dikelar-kelar nipis. Aku kata, aku tak boleh makan ikan yang masih hidup, itu alasan aku jer.

Dimalam terakhir, aku dah tak dapat lari lagi kerana aku berjanji sebelum aku tinggalkan bumi Jepun, aku akan makan Shashimi. Jadi, dia ajak aku ke sebuah restoran ketam. Maka, bermulalah transformasi aku. Segala jenis ketam dihidangkan dan aku terpaksa makan... manis rupa-rupanya!!! Bermula dari itulah, aku berjaya di'khatan'kan menjadi orang Jepun... ceit!




Baca sendiri deskripsi yang ada di belakang piring berharga ini...




Signature (circle) of this piece of treasure...


Piring di atas itu sebenarnya aku pesan daripada seorang rakan yang berkursus di sana, aku minta dia belikan satu kerana aku terlupa. Masa itu aku beli dengan harga RM50. Sekarang? Entahlah... RM5,000 agak-agak ada orang nak tak?

Aku nak beli lensa yang boleh zoom sampai ke bintang...



.

From Paris with lots of love...

Ada MAS, maknanya aku ke sana naik MAS...nyampah, kebas bontot 11 jam dan tak boleh hisap rokok!


Plak gangsa inilah yang membuatkan aku 'kantoi' di Imigresen / kastam (?) ketika mahu berlepas dari Paris ke Waterloo naik Eurostar yang lalu ikut bawah laut Selat Inggeris. Aku selitkan di dalam beg pakaian tetiba X-ray boleh nampak pulak!.. eh, nama pun x-ray ye tak?


Nasib baik muka aku ada iras-iras Cina sikit, lagilah aku sepet-sepetkan mata. Dan dia cuma tanya, senyum dan lepas-bebas. memanglah sebab dia cakap Perancis, mana aku faham. Kalaulah aku ada janggut dan pakai ketayap, mahu dia tahan aku atas sebab-sebab keselamatan... atau tuduhan cuba merempuh Istana Buckingham dengan Eurostar!





.

Tuesday, January 10, 2012

Calculating a NIKON...

Jenuh fikir 20 kali ... nak beli ke tak, nak beli ke tak.... dan akhirnya.. beli (dengan ansuran 12 bulan)



Ya, lah. Dah orang lain asyik 'lepus-lepus' ambil gambar, mana larat nak telan air liur jer...






.

Tropical Fruits which End Up in my Kitchen

Mak mertua aku kata ini Nanas Sarawak..



Langsat petik guna tangan....




.

The Kitchen Collection

Wall mounted...



Reflection.....




.

Monday, January 9, 2012

A Night in Shah Alam... end 2011

Antara detik-detik tengah malam sebelum Tahun Baru 2012...




.

Ripple in the Water

gelembung dari wap panas...




.

Sunday, January 8, 2012

The walk across the jungle...

laluan pejalan kaki di atas belukar yang penuh dengan wap panas...



.

Saturday, January 7, 2012

Little Princess...

Dia tak ada kena mengena dengan aku atau keluarga aku pun...




.

Faces of Future...

Budak-budak ini tak ada kena mengena dengan aku dan keluarga aku. Aku suruh senyum dan mereka melakukannya



Di pantai Klebang... satu masa dulu.






.