Wednesday, February 29, 2012

The green against the wall..

.


Pokok yang boleh menyejukkan pandangan mata. Aku tau pokok itu bukan spesis keladi bunting, betulkan?




.

Tuesday, February 28, 2012

The Oath...

.


aku berjinak-jinak nak cuba ambik portait tetapi aku masih takut2 kalau kena hambat dengan yang empunya diri. Ada sekali itu, aku dah keluarkan kamera untuk shoot foto nyonya CIna tua sedang memilih bawang merah di pasar tapi aku tak sanggup taktu dikatakan aku ni 'pervert'... macam mana orang lain boleh shoot elok tanpa kena penampar?



.

Monday, February 27, 2012

Ride the Lightning

.
Dedikasi buat Gadis Bunga yang bersungguh-sungguh mencari kilat...


Sekian lama menunggu dengan penuh kesabaran...



...akhirnya, ia muncul juga dari balik awan...

Dan aku hanya perlu duduk diam-diam di tepi tingkap di dalam rumah aku... Aku akan teruskan pencarian kilat ini...

Oh ya, bukan sekali tapi 2 kali. Ini satu lagi...


sudutnya ke atas lagi tapi...



.

The graduates....

.


perghh.... ada gaya sungguh! Cayalah...





.

Sunday, February 26, 2012

Buluh Tumpat...

.


kalau diperhatikan betul-betul akan ternampak satu garisan kabus putih melintangi foto.... dan di sebelah kanan itu ada serumpun buluh galah yang aku pernah dapat 2 ruas buluh tumpat!



Bercerita tentang serumpun buluh itu, sebenarnya rumpun itu telah berusia lebih 40 tahun. Aku tak maksudkan buluh yang tumbuh itu dah 40 tahun lebih tetapi rumpun itu telah berada di situ selama lebih 40 tahun. Dalam 8 tahun lepas, abang aku pernah tebang 3 batang buluh muda sebesar lengan bayi untuk dibuat galah bagi mengait rambutan. Setelah beberapa minggu, buluh-buluh muda itu pun mulai kecut, KECUALI 2 ruas buluh pada salah satu galah itu.


Ruas buluh yang tak kecut itu mengundang tanda-tanya abang aku, lalu dia ambil dan dia potong. Didapatinya, ruas yang tak kecut itu tumpat seperti rotan! Sedangkan ruas-ruas yang lain seperti buluh biasa... berongga.


Sememang buluh di situ buluh galah dan tak sepatutnya tumpat. Lainlah Buluh Tumpat yang biasa di dapati di kawasan utara kerana itu memang buluh tumpat namanya.





.

Saturday, February 25, 2012

Purple Flower I don't know her name...

.

rupa-rupanya payah nak dapatkan foto bunga warna purple sebab aku tengok warna bunga itu macam 'lari' sikit daripada warna asal... lebih-lebih lagi kalau warna biru lembayung... kenapa ek?







.

Thursday, February 23, 2012

the red lantern...

.



merah sungguh....!






.

Wednesday, February 22, 2012

The lamp

.


Ada matahari dan bulan sabit...





.

Monday, February 20, 2012

Little house

.

demi keselamatan, si burung kelicap sanggup bersarang di tali ampaian di bawah garaj... bak kaa orang, masakan tempua bersarnag rendah. peribahasa itu berguna juga untk burung kelicap...




.

Sunday, February 19, 2012

Gazeebo

.

Gazeebo merah...





.

Saturday, February 18, 2012

The haunted tree...

.

Aku tak tahu kenapa pokok ini ditinggalkan sendiri, tak ditebang. Mungkinkan ada penunggu menyebabkan tuan tanah tak berani hendak menebangnya di ladang getah itu? Mari kita lihat dengan lebih dekat... di bawah tiada...



... tiada yang bergayutan di atas dahan...



... atau di celah banir yang terkangkang luas.... tiada...




.

Friday, February 17, 2012

What?????

.







Bukan foto aku. Aku dapat dari dari email yang dihantar oleh seorang rakan.... sejenis buah/tumbuhan di Vietnam, tulisnya. Entah ya atau tak...



.

The falling leaves

.

Masa pucuk hijau, dia gah berada di atas... mengherdik daun kuning yang menua di bawahnya...




...sejurus sebelum ia pun jadi tua dan jatuh ke tanah, menanti cacing memamah...







.

Thursday, February 16, 2012

Biji getah dan sarungnya...

.


Walaupun dinding kapsul itu tebal, ia masih boleh terpecah dengan sendiri, menghamburkan isinya untuk membenih.... Tuhan menjadikan semua itu...





Aku pernah dengar ada orang jadikan isi biji getah ini satu masakan yang sedap mengalahkan tempe... betul?




.

Wednesday, February 15, 2012

The path

.

Deretan anak getah yang baru mahu kenal dunia. Anak getah yang masih ada dara. Yang kulitnya masih mulus tanpa cela. Kulitnya belum disentuhi pisau tajam.... sekarang, cuba bayangkan kulit pokok getah itu apabila dah berusia belasan tahun. Tentu penuh dengan lelas deraan ...





.

Tuesday, February 14, 2012

The things that should not be...

.


Dia ni memang pandai meluncur di atas ais... kalau aku, dah tentu jatuh macam durian musang king buang buruk...





Dan aku suka si kecil itu yang aku lihat berapa kali terjatuh tetapi tetap bangun dan meluncur lagi... tentulah dengan bantuan saudaranya itu.



Ha ah, tajuk memang tak ada kena mengena dengan isi cerita....



.

Monday, February 13, 2012

Living in Agony...

.

Nampak sedap... tapi masam!




Tinggal sebiji.... tapi itulah yang bakal menjadi benihnya...untuk seribu pohon lagi...




Inilah cili kering yang sebenarnya.... sun dried chillies





.

Sunday, February 12, 2012

The Skin of the furious King Cobra

.


Panjangnya lebih kurang 4 kaki...masih baru kerana lalat masih banyak yang hinggap di situ




Cantik kulitnya... kalau dibidik pada sudut yang betul, akan kelihatan warna-warna pelangi pada sisiknya...






.

Saturday, February 11, 2012

Riding with the mist....

.


Gunung-ganang yang berkabus tebal walau pun di tengah hari...





Kalaulah aku terjatuh.... kalaulah....







.

Friday, February 10, 2012

The Waving

.


Orang Melaka memang suka kibar bendera agaknya, tak kiralah malam ke siang....







.

Thursday, February 9, 2012

That night....!

Jam 10:12pm.... tanpa speed light, hanya menggunakan belas ehsan lampu jalanan, dan ia pun muncul....







.

The fire that works

Ini bukan bunga api Maulud Nabi, Chap Goh Meh atau pun Thaipusam...



Ini  bunga api hari raya Aidil Fitri tahun-tahun yang lepas, ketika masih menggunakan arwah Olympus...






.

Wednesday, February 8, 2012

Now you see her, now you don't...

.

Sekejap dia ada...




Sekejap lagi dia dah tak ada...








.

Tuesday, February 7, 2012

The morning sun on a paddy field

Aku memang tak pandai nak ambil foto landscape sebab aku tak tau aku nak ambik foto sebenarnya. Satu lagi, macam mana nak dapat foto landscape yang menarik?



Ada sesiapa yang boleh bagi petua tak?







.

The fight for the right to survive... the birds and a green snake

.


Dua ekor burung seperti mahu bergaduh telah menarik perhatian aku untuk aku buat pemerhatian dengan lebih dekat. Apabila aku menyusup di bawah rimbun daunan, mereka bukan bergaduh sebenarnya...




Burung-burung itu telah dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sebesar jari tengah aku yang dinaikkan menegak. Baru aku tahu, burung-burung itu telah ditakutkan oleh ular tersebut...



Ular tersebut tidak mahu lari walaupun kicauan burung-burung tadi membingitkan telinga. Anehnya, ular itu juga amat berani walau pun aku begitu hampir dengannya. Juga, aku terlalu berani untuk hampiri ular itu...




Oleh kerana kedua-dua pihak enggan mengalah, aku perlu menjadi pihak yang ke-3 untuk meleraikan pergaduhan itu. Aku goyang-goyang batang pokok itu menggunakan tangan sehinggalah ular itu terpancul lari..







.

Sunday, February 5, 2012

Just another lonely flower on the street..

.


subjek kedua di jalan yang sama....






.

A lonesome flower on a street in a midnight

Apa citer? Kisah sekuntum bunga yang gugur dan tinggalkan di atas jalan yang sunyi, di waktu malam... persoalannya, masih adakah madunya?







.

Saturday, February 4, 2012

Under the street lights

.
Aku dah dapat lokasi dan suasananya tapi aku tak ada subjek, tak ada motif...




Sejujurnya, aku terkial-kial mencari subjek yang baik untuk jalan itu, jadi aku letakkan selipar aku je...


 

dan aku minta orang ini jadi model di malam itu...



Aku tak buat apa-apa enhancement pun kecuali kecilkan saiznya kepada 1600px saja...

Semua pencahayaan adalah asal, kerana mana tahu kalau-kalau ter'snap' perkara-perkara ghaib pula...





.

Friday, February 3, 2012

A big Drum and the red Drummer

.



Captured in a wedding ceremony in Perak.



Masih ada anak muda yang memilih untuk diarak dengan Kompang Jawa di hari persandingannya. Syabas!






.

Thursday, February 2, 2012

An Old Barn

.


Foto yang sengaja aku sepiahkan. Sebuah bangsal tua. Sebelum bangsal itu tua dan ditinggalkan, di situlah aku pernah letakkan basikal aku, kereta aku, tempat aku bermain guli, tempat aku berbuaian dikala panas tengahari...


Kini, segalanya mereput bersama-sama masa. Tanpa aku sedari, tubuh aku juga mereput bersama-samanya.

Sengaja aku letakkan secara high resolution. Lihatlah 'details' yang masih ada di bawah bangsal itu...





.

The red ants

 .


Mereka ini hidup secara tolong menolong...



Nampak macam bagus tetapi sebenarnya ia melindungi afid-afid penghisap cecair sap. perlahan-lahan pucuk itu pun mati... errr.... mati pucuk. Huish..!




Kerongge-kerongge yang suke conggit bontot sekalian!

Kamu jangan suka buat pasei. Kome geget teman, teman bako kome semuanyer.





.