Monday, April 30, 2012

Faces of the Innocents....

.

Ini diantara koleksi wajah-wajah yang menceriakan majlis di sebuah sekolah di pagi Sabtu...
Memerlukan kesabaran dan 'luck' ketika merakam aksi spontan sebegitu.
Aku bukan boleh nak suruh dia orang membuat aksi begitu-begini sebab
dia orang tu semunya anak-anak orang.


... kak, bila nak balik ni? ngantuk laaa.... huarggghh..



merajuk..?



jadi, Alien memang wujud? Abang pernah kena colek tak?







.

Saturday, April 28, 2012

Koridor gelap...

.

Ada acara di sekolah pagi tadi.
Maka nanti aku paparksan beberapa siri foto...







.

Friday, April 27, 2012

The Subway Shah Alam

.

Dua foto dari sudut yang sama tetapi diambil 2 kali.
Dan aku bezakan dari segi pencahayaan.

Restoran ini dengan bermurah hati memberikan sandwich-sedap percuma 6"
Jadi, aku beli 1 kaki panjang tapi aku bayar 6" panjang sahaja.
Dan aku ada satu keratan lagi untuk aku guna malam esok...











.

Thursday, April 26, 2012

.

Aku singgah di sini kerana dia kata ianya 'open'.
Dan kerana dia kata dia ada bawa sekeping keratan akhbar yang membolehkan
kami mendapat 6" bun percuma, manakala 6" lagi kena bayar.
Tak kisahlah, janji separuhnya percuma.










.

Wednesday, April 25, 2012

Basah dikucup hujan nafsu...

.

Dari satu sudut lain di penjuru Alamanda, ketika hujan
menghiba turun, merembes rahmat dari langit,
ketika matahari terpendam, melara jiwa,
aku talakan lensa ke dalam kerdip-kerdip cahaya 
yang membias dari butir-butir hujan yang melepas rahmat...





...dan aku tak sanggup talakan lensa aku ke bawah
kerana di situ ada sepasang jiwa
sedang basah dikucup hujan nafsu




perghh.. bahasa... keh keh keh

.

Tuesday, April 24, 2012

Malam-malam dingin membeku...

.

Agak-agak ada nampak UFO tak?



Bintang tu bentuk memanjang bukan sebab kamera aku bergerak tetapi sebab bumi yang berputar. Masa dedahan lebih kurang 10s kut... aku tak check pula.






.

Monday, April 23, 2012

Cerita satu malam...

.

Wajah-wajah malam yang tenang 
tetapi mungkin berhantu...



Lampu jalan tu aku tak buat apa-apa. Dedahan yang lama membuatkan ia seolah-olah bintang...




Aku terpaksa tunggu jalan kosong baru aku melompat ke tengah-tengah jalan. Ini di sipang berdekatan Restoran Din Korner, Jasin.



Masjid Jamek di belakang Restoran DIn Korner, Jasin... di malam minggu.





.

Saturday, April 21, 2012

Didakap sentosa selama-lamanya...

.

Hujan lebat di Alamanda.
Tak sangka di luar rupa-rupanya hujan amat lebat.
Aku diulit bayu nyaman dan tenteram di dalam bangunan.
Sedangkan di luar guruh sabung menyabung.
Seronok apabila hidup dalam dakapan yang selamat dan sentosa...
selama-lamanya....


 









.

Friday, April 20, 2012

Welcome to where time stand still...

.

Bila aku belek-belek balik koleksi foto Alamanda, 
aku terjumpa satu sudut dalam foto tersebut yang boleh menafsirkan
maksud pegun-gerak. 

Aku crop sudut tersebut, maka inilah hasilnya...











.

Thursday, April 19, 2012

The fading escalators...

.

Tak sangka eskalator bergerak laju sebenarnya.
Aku perasan apabila foto-foto ini diambil.

Maksud aku, kelajuan yang relatif kepada orang yang berjalan diatas lantai rata.









Tempat yang sama tetapi masa yang berlainan...




.

Wednesday, April 18, 2012

Double vision: sharp vision and blur vision

.

Hah... siapa sangka hantu bayang pun datang nak beli kuih...
Punyalah payah nak pastikan yang menjual tu dok diam dan 
yang membeli tu bergerak.

Aku suka warna-warna yang muncul dari kepegunan itu...






Pak haji tu sempat menjeling kepada aku yang ada di atas...





.

Tuesday, April 17, 2012

A day in a life...

.

Alaaaa.... foto senget sikit.
Tak dapat berdiri tengah-tengah flyover.
Ada mamat dating kat situ... huh!




Pada kali ini, aku set shutter lambat giler. 10 saat kut...
Teorinya, kalau lama-lama, aku dapat 'padamkan' imej manusia.
Dan seolah-olah aku lepak sorang-sorang di Alamanda.

Hampeh... ada gak mamat-mamat yang dok diamn tak nak berjalan.... huh!


2X huh tu...





.

Monday, April 16, 2012

Sebentar di Alamanda, Putrajaya...

.

Kadang-kadang apabila kita perhatikan betul-betul
kita akan perasan sesuatu yang bergerak seiring dengan masa
dan ada yang bergerak melawan arah masa.

Dengan kata lain, pegun...

















.

Sunday, April 15, 2012

Sarang burung yang ditinggalkan...

.

di pokok berdekatan, ada beberapa sarang burung lagi.
oleh kerana nun jauh di atas, aku hanya boleh shoot dari kejauhan.




sarang yang ini nampak agak lama, dah kering sangat rumput-rumput tu. mungkin anaknya dah terbang...




sarang yang ini lagi lama. dah barai pun....






.

Saturday, April 14, 2012

Rumah burung yang sungguh kemas buatannya...

.


Sarang burung ciak ini bertuan. Tuannya sudah tentulah burung ciak.
Tapi pada hari itu (hari foto ini diambil) ada burung lain yang lebih besar mengintai.
Dan ada seekor ular daun turut berlengkar di dahan berdekatan.

Oleh kerana berlaku keributan di pokok mempelam yang rendang itulah
aku mendekati dan melihat sarang itu dari dekat.

Lihatlah tenunannya.
Aku tak sanggup menenun kain menggunakan mulut, lidah dan gigi aku.
Aku tabik!!!




rumah yang diperbuat dari jerami padi. bagus kerana ianya karbon negatif...







.

Friday, April 13, 2012

Buah-buahan yang rendang...

.

Buah-buahan tempatan.
Satu boleh dimakan dan 
satu lagi boleh juga dimakan kalau mahu...















.

Thursday, April 12, 2012

Kucing Tidur

.

Kucing ini benar-benar tidur.
Tapi dia hanya tidur-tidur ayam.




Auww...! seksi







.

Wednesday, April 11, 2012

buluh manis

.

rebung buluh jenis manis. boleh terus makan begitu saja
tak payah nak direbus dulu.
rasanya macam umbut kelapa.
kalau aku tanam spesis ni dalam 2 ekar, aku boleh
jadi usahawan tani berjaya tak?
tapi sebelum tu, apa spesis buluh ni..?










.

Tuesday, April 10, 2012

Pokok Pucuk Paku yang selalu diambil pucuk pakunya...

.

Paku pakis...
Bukan pokok pucuk paku.
Dan inilah pokoknya..

Anehnya, abang aku tanam kerana paku pakis ini sedang kepupusan
Yang banyak ialah paku pakis jenis yang tak boleh dimakan.

Jangan tanya aku apa namanya kerana aku tak tau namanya.









.

Monday, April 9, 2012

Betik yang berbuah besar dan lebat...

.

Inilah yang dikatakan biarpun bertubuh kecil
namun usahanya mengalahkan tubuh yang besar.

Batang betik itu taklah seberapa tetapi buahnya lebat.
Besar-besar pula tu.
Dan berbuah hingga ke pucuknya!











.

Saturday, April 7, 2012

Rumah di tengah-tengah hutan

.

Rumah ini bukan rumah tinggal.
Ada penghuninya.
Dan sememangnya rumah ini dikelilingi semak hutan












.

Thursday, April 5, 2012

Busut Jantan....

.


Busut Jantan..!
Kenapa dinamakan busut jantan? Aku tak tau...
mungkin kerana busut tu cuma satu
dan sebab busut tu besar.



Kalau busut yang macam ni jantan, macam mana busut betina?









.

Wednesday, April 4, 2012

Old and Forgotten

.

Dibiarkan mereput merentasi masa, melalui panas hujan, 
melalui masa-masa senang dan susah
dan akhirnya akan dilupai



Tempurung itu belum terpecah, ia masih utuh sebiji. Bayangkan berapa lama ia terpaksa derita menunggu sehingga segala sabut habis reput...



seingat aku, batang cempedak yang buruk itu besar juga. mungkin ia dah berpuluh tahun untuk mereput menjadi sebesar itu...



Kelangsungan hidup... yang mati akan berbakti kepada yang baru tumbuh...



.

Tuesday, April 3, 2012

Tom-tom-bak...

.

Ini bukan tombak purba.
Aku pun dah lupa namanya.

Mungkin tak ramai yang kenal 'senjata' ini
kerana ramai yang rela beli santan segera.


siap ada tanda pengilang...




sabut-sabut yang terkopak...





.

Assam Kelubi dan Sarang Burung...

.

Sarang burung yang empunya sarang telah tenun
di celah-celah pelepah pokok Assam Kelubi




telurnya tak ada... kalau ada, aku dah ambik dan rebus, buat telur separuh masak...



Kenal pokok Assam Kelubi? Alaaa.... yang buahnya tu selalu dibuat jeruk. Assam kelubi ada yang manis dan ada yang masam. Tengok nasiblah. Selain daripada buahnya, batang pelepahnya juga boleh diraut dan dibuat joran untuk memancing pesisir kolam atau kali (sungai saiz kecil).


Orang kata, Assam Kelubi juga kegemaran beruang dan babi hutan! Jadi, kalau terjumpa pokok assam kelubi sedang berbuah di dalam hutan banat, berhati-hatilah....





.

Monday, April 2, 2012

Lucky Seven...

.






Mesti daun terup tu berasa lega sangat-sangat
kerana daun-daun yang lain dah terbakar
dan akan terbakar...





.

Sunday, April 1, 2012

The Land Dragon...

.

Ada yang panggil sesumpah
tetapi setahu aku sesumpah adalah jenis cicak terbang
yang berwarna warni, yang suka terangguk-angguk..
seperti menyumpah



Aku kejar dia.. kejar.. kejar... akhirnya dia penat dan berehat di atas pelepah kering



Dan aku teruskan mendekati si Naga itu.... lalu dia pun memberikan satu pose yang selamba dan menarik


Dulu-dulu, aku amat takut untuk mendera sesumpah kerana takut kena sumpah.






.

Buah yang banyak bulu...

.


Buah yang berbulu.. tapi bukan buah rambutan atau pulasan...antara tumbuhan yang menjalar di semak samun dan banyak terdapat di kawasan tanah pamah dengan ketinggian di bawah 18,000 inci dari paras Laut Sulu




Masa kecik-kecik dulu aku pernah makan buah ni. Kalau dah masak ranum, warnanya kuning. Bila dah cerdik sikit, aku tak makan dah buah ni...




.