Thursday, May 31, 2012

The Happy Boy

.

Nak panjat tu panjatlah... tapi jangan sampai terjun sudahlah..




Ini anak HairulFoto... anaknya selalu jadi sasaran lensa aku sebab anaknya fotogenik







.

Tuesday, May 29, 2012

Cahaya yang bergerak lurus...

.
Ia berkaitan cahaya yang bergerak lurus.
Namun selurus mana pun cahaya kalau ada yang biaskan,
cahaya yang lurus akan bengkok.
Fikir-fikirkanlah




















.

Monday, May 28, 2012

Cuba teka

.

Harap maklum: Ini bukan piring terbang jenama UFO.





Aku suka melihat tona warna belang-belang macam tu.... macam kuda belang yang telah mati.
Errr.... kuda belang mati pun meninggalkan belang kan?

Bukan harimau belang saja kan?





.

Sunday, May 27, 2012

Muka-muka tembok...

.
Wajah-wajah yang terkenal tetapi tak aku kenali sangat.



Bila terlihat Pavlov, tiba-tiba aku teringatkan kisah anjing, loceng dan ...




dalam kenangan... Tun M pernah kata, isu Palestine tak akan berakhir semasa hayat Arafat...







.

Saturday, May 26, 2012

Hall of Fame

.

Orang lain tangkap gambar cuma senyum simpul je..
Tapi dia gelak terbahak-bahak.
Mesti dia dapat hadiah duit lebih tu..



Pemenang-pemenang Hadiah Nobel









.

Friday, May 25, 2012

Buzzzzz.. buzzzzzz..... buuzzzzzzzz...

.

Ia berlaku hanya seketika.
kalau nak diharapkan kilat yang memancor-mancor, sampai ke sudah tak dapat-dapat.





Kalau tak silap aku, yang putih di tengah-tengah itu adalah keadaan bahan yang ke empat (4th state), yakni selepas pepejal, cecair, gas dan.... plasma.

Plasma ialah seperti sup elektron terbebas yang bertenaga. Oleh kerana ianya bercas, kita sepatutnya boleh kawal bentuk plasma ini, tak seperti laser yang bergerak lurus dan lurus seperti pedang Jedi.



.

Thursday, May 24, 2012

The reflection....

.

Masih dengan tema yang sama... warna-warni duniawi.






Yang pasti, itu bukan imej aku... aku tak sandang handbag kaler merah...



.

Wednesday, May 23, 2012

The Curve

.

Kembali ke tema warna-warni duniawi...
Malangnya, tak ada falsafah yang aku dapat buat untuk foto di bawah.








.

Tuesday, May 22, 2012

Panning dari jarak 200-300m... kelabu asap!

.

Orang lain buat panning, aku pun nak try jugak.
Tapi oleh kerana waktu dah malam, aku talakan kepada kereta 
yang lalu lalang di Putrajaya.
Oleh kerana aku berada di tingkat 7, nak ikut kelajuan kereta punyalah payah.
Nyesal pun ada...











Gambar-gambar tu aku ambil dari jarak 200-300 meter... pergh.. lenguh tangan nak ikut.
Tak apa, itu adalah latihan untuk aku nak buat panning pada Cicak ...




.

Monday, May 21, 2012

The Blue Rods

.

Ini bukan selinder yang dipenuhi Air Berat (heavy water).
Ini juga bukan cecair yang dipenuhi deuterium.
Selinder itu berkilau bukan kerana sinar alpha, beta dan gamma yang terbebas.
Dengan kata lain, cecair ini bukan mengandungi logam nadir bumi.







.

Sunday, May 20, 2012

It's liquid dynamic...

.

Tema pada kali ini ialah 'bermain-main dengan warna dan cahaya'.
Bukan setakat cahaya yang biasa-biasa
tetapi ianya mekanik bendalir


Pergerakan 'Brownian' oleh gelembung udara dapat dijejaki dengan shutter speed yang lambat. Tak sangka sungguh ianya seperti api biru...



Snap shot gelembung udara yang membias cahaya biru lembayung


ianya seperti gula-gula kristal yang sedap kalau dihisap, di sedut atau dijilat...





.

Saturday, May 19, 2012

A fiery night

.

Kali ini aku nak gunakan apa yang basic je. Apa yang ada sahaja.
Dan aku cuba tumpukan kepada subjek dan motif, itu lebih penting selain daripada teknik.
Aku gunakan kamera handphone Nokiar. Aku cuba olahkan suasana senja yang suram menjadi berapi dan berahi.
Inilah hasilnya....





 









.

Thursday, May 17, 2012

Tasik

.

Gelora di tasik...











.

Wednesday, May 16, 2012

Aktiviti di sekolah, antaranya....

.







 Aku pun bergayut pada tali tu.... nasib baik abang Bomba tak terajang aku masa dia menurun...

Bukan menurun (bomoh) tetapi menuruni tali secara lajunya.








.

Tuesday, May 15, 2012

Malam yang mulus...

.
Malam yang tenang.
Kalaulah hati aku boleh setenang malam...
kalaulah... huhuhu









.

Sunday, May 13, 2012

Puncak Gunung Ledang di balut awan

.






 Foto ini diambil ketika rembang tengahari. Ada segalur awan putih melintasi puncak Gunung Ledang.




.

Friday, May 11, 2012

Bulan atau Matahari Malam...

.
Ini bukan matahari.
Ini adalah bulan yang diberikan dedahan melampau selama 30saat.



reflection dalam lensa menyebabkan seolah-olah ada Planet X muncul secara tiba-tiba...





.

Thursday, May 10, 2012

Simbol-simbol rahsia yang ada pada bulan...

.


dah siap baru perasan, dua-dua simbol itu imejnya terbalik...



macam simbol golden phi...

Golden Phi (sebut gol-den pai) juga dikenali sebagai the golden ratio, adalah hasil penemuan oleh Fibonacci. Dia terkenal dengan Siri Fibonacci seperti berikut: 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21..... siri tersebut dibina dengan cara mencampurkan 2 nombor terakhir untuk menjadi nombor yang seterusnya.

Dan setiap kali satu nombor dibahagikan dengan nombor sebelumnya, ia akan memberikan satu nisbah. Semakin besar nombor tersebut nisbah itu akan mendekati nombor 1.6666667 atau 1.67. Nisbah inilah yang dinamakan Golden Ratio. Dikatakan nisbah ini sering digunakan oleh para artis (pelukis, perekacipta dsb) dalam karya mereka. Dikatakan jika nisbah ini diikuti, karya-karya itu akan menghampiri kesempurnaan.

Ada sesiapa nak cuba kira nisbah [ketinggian]/[jarak tapak kaki ke pusat]? Aku dah kira. Nisbah aku [178/105] = 1.69. Kiranya, aku hampir dah kepada Golden Ratio.



 


.

Bila Bulan Mula Ngomong...

.

Bulan pun berkata-kata.
Cuma bahasanya tak boleh aku fahami.
Jadi pada malam itu, aku suruh dia tuliskan ceritanya kepada aku.
Dan inilah ceritanya...





Faham tak ceritanya?



.

Wednesday, May 9, 2012

Ayam Betina warna hitam

.

Apa yang ada dalam fikiran seekor ayam betina?







.

Tuesday, May 8, 2012

Bermain-main dengan warna-warna alam...

.

... lagi tentang zoom-menge-zoom nih.
tapi betulkah tak rosak lensa aku kalau selalu buat gini?
Ada sesiapa yang tolong check n confirm?



yanng ini kurang ekstrem...



yang ini memang golongan ekstremist...







.

Sunday, May 6, 2012

Cahaya yang menerobosi atap hutan...

.

Panah-panah putih meluncur dari langit,
menembusi dedaun,
menikam mata aku yang terpana,
ketika cuba memahami maksud " apa itu cinta? "






Perghhh.. ayat! Apa-apa pun, aku guna teknik yang sama yang Sepa suruh aku buat, cuma aku pilih subjek dan motif yang lebih kreatif daripada sekadar bermain unsur cahaya dan warna, seperti pokok kelapa di tengah malam kelmarin...






.

Khazanah malam...

.

Atas permintaan Sepa tentang zoom-out, aku buat 2 foto ini.
Aku buat tengah malam sambil mencari tahi bintang kalau2 ada.
Tak ada.
Biasanya tahi bintang senang nampak jam 4-6am.
Nanti aku cuba...











.

Saturday, May 5, 2012

Panning tengah-tengah malam ?

.

Foto ini boleh dikategorikan sebagai 'panning'?
Atau hanya 'pening'?


f/5, 1/1.3" (0.77sec), ISO-250, f-length 34mm


Sebenarnya, aku ambil foto ini jam 2.15am.
Aku berjaga kerana malam ini hujan dengan kilat sabung-menyabung.
Aku berhajat nak ambil foto kilat tapi kilat main belah-belah atas awan.
Yang dapat hanya cahaya terang benderang dan bukannya kilat yang berakar.

Entah macam mana, ada sebuah kereta sedang elok di atas jalan.
Tiba-tiba teringatkan kisah 'panning' si Sepa.
Cepat2 aku set shutter speed 1/1.3, aku main agak je sebab nak kejar kereta tu.

Jalan basah. Itu sebab nampak biasan lampu di atas jalan.







.

Thursday, May 3, 2012

Muka 'blurrrrrr.....'

.

Tak faham....



duuuuhh..... I'm lost... what was that again?






.

Wednesday, May 2, 2012

Doktor kecil...

.

Aku tengokkan saja gelagak budak ni.
Bersungguh-sungguh dia nak dengar sesuatu dalam perut emaknya.



Ok... sikit lagi abang dapat adik...






.

Tuesday, May 1, 2012

Wajah-wajah mulus...

.

Ini sebahagian lagi foto budak-budak sekolah spontan...
Ada lagi. Esok-esok aku tampal di sini lagi...




aku fokus ke budak tudung hitam tu, tiba-tiba ada budak lain angkat tangan. serta merta kamera aku terautofokus kat tangan tu, jadilah macam ni...




ada budak dah jeles, muka macam Angry Bird... keh keh keh....




cer teka, apa yang budak-budak tu pakat tengok?






.