.
Dalam
blog aku yang lagi satu, aku ada letakkan beberapa emoticon grafiti yang diperbuat daripada cahaya.
Oleh kerana aku tak mahu tonjolkan muka aku di situ, aku tutup segala sumber cahaya.
Namun, timbul pula kemusykilan sama ada aku buat guna lampu suluh atau tidak.
Jadi, aku buat satu foto yang berlatar belakangkan dinding dan bingkai gambar.
Ya, aku buat di atas katil sahaja...
|
Kenapa masih tak nampak aku? kerana aku buat grafiti tu di dalam gelap gelita. Setelah sudah, aku berdiri di belakang kamera dan barulah aku buka lampu ... untuk baki masa dedahan yang ada. |
Hasil lain yang tak menjadi (sebab tangan aku bukan tangan artis dan berseni)...
|
Aku main 'tic-tac-toe'.. ye ke itu namanya? |
|
Aku nak buat muka 'Squidward Tentacles' tapi tak menjadi... tak sempat lukis hidung... tak jumpa 'pilot point' ... hahaha |
|
'Spongebob Squarepant' pun sama, tak sempat nak buat tali leher dan muka... |
.