kalau diperhatikan betul-betul akan ternampak satu garisan kabus putih melintangi foto.... dan di sebelah kanan itu ada serumpun buluh galah yang aku pernah dapat 2 ruas buluh tumpat! |
Bercerita tentang serumpun buluh itu, sebenarnya rumpun itu telah berusia lebih 40 tahun. Aku tak maksudkan buluh yang tumbuh itu dah 40 tahun lebih tetapi rumpun itu telah berada di situ selama lebih 40 tahun. Dalam 8 tahun lepas, abang aku pernah tebang 3 batang buluh muda sebesar lengan bayi untuk dibuat galah bagi mengait rambutan. Setelah beberapa minggu, buluh-buluh muda itu pun mulai kecut, KECUALI 2 ruas buluh pada salah satu galah itu.
Ruas buluh yang tak kecut itu mengundang tanda-tanya abang aku, lalu dia ambil dan dia potong. Didapatinya, ruas yang tak kecut itu tumpat seperti rotan! Sedangkan ruas-ruas yang lain seperti buluh biasa... berongga.
Sememang buluh di situ buluh galah dan tak sepatutnya tumpat. Lainlah Buluh Tumpat yang biasa di dapati di kawasan utara kerana itu memang buluh tumpat namanya.
.
11 comments:
tanam tepi pagar cantik tak?
GB,
besar la dik oiii.... bukan buluh yang selalu dibuat pokok pagar tu.. ini buluh galah, setinggi pokok kelapa tu... puntianak selalu bermain-main pulak tu... tapi kalau gagah nak tanam, apa salahnya... kakaka
Bagai aur dgn tebing.!
Ada valley kat situ tak, header.?
.
Header sepatutnya brader...
kahkahkah!!! mana datangnya header sepa? hahaha!!
hehehe... auto-correct-spelling-keyboard-qwerty, kak. saya dah off-kan mode tuh... :)
Sepa,
mana ada valley.. tu buluh betong! buluh yang sebesor peha tu.... hahaha
header pun header la... janji rock!
GB,
dia meroyan sebab esok nak pegi keje kat dalam hutan banat ulu mana ntah... hahaha
kalau kabus mlm2.. seram eh..?
.
TM,
kampung aku mmg seram malam2...
macam suasana kubur gothic yg berkabus tu... meh la sini klau nak rasa... hahaaha
eh Dino.
cer ko kerja lam utan tgh2 belantara swak nih.???!!!
kekadang ko terbayangkan terbangun dlm utan. kahkahkah...
*tapi aku bijak. aku tdo bila dak pekrja2 estet mula bangun bersedia ke kebun jam3pagi... kahkahkah lagi... :)
Sepa,
sebab ko takut tido lepas tu hantu dtg ek?
hahaa
aku tsk nak... tak de kawan..
Post a Comment