Thursday, November 29, 2012

Sawah padi menghijau dan langit cerah membiru cantik..!

.
Pada hari Ahad baru-baru ini, kita semua dianugerahkan dengan langit yang cerah dan cantik.
Dan aku sempat merakam kecantikan itu dalam beberapa foto.

Maaf, kerana ianya lanskap yang lebar.
Kalau tidak, kecantikannya kurang menyerlah..



Sebuah terusan dengan sawah padi menghijau di kanan dan kirinya...


Sawah padi berlatarbelakangkan dusun dsn kebun sawit... dan langit membiru...


Kedua-dua foto ini tanpa perlu 'touch-up'... cukup sekadar 'crop' dan sedikit 'contrast'. Langit sudah sememangnya cantik.




.

Sunday, November 25, 2012

Pohon bertaup...

.
Tenang dan sunyi...




... hidup aku.



.

Friday, November 23, 2012

Lu Lihat Hijau

.
Tak de mende...
saja letak kaler hijau lak..
nak rehatkan mata..










.

Tuesday, November 20, 2012

Sesenja di Anjung Batu

.
Pekena ikan bakar di situ...














.

Thursday, November 8, 2012

Sembunyi di dalam terang...

.
Foto ini pula diambil di pantai yang sama di bawah dan pada masa selang beberapa minit selepas itu.
Motif aku ambil ialah jaring / pukat atau mungkin juga jaring yang dibuat buaian.
Aku 'hapuskan' latar belakang yang terdiri daripada laut, pulau dan pantai.
Aku hapuskan bukan dengan menggelapkannya
tetapi aku terangkannya sehingga ia 'sembunyi di dalam terang'






Seperti pantun Hamzah Fansuri:
                            
                           Paku bukan sebarang paku
                           Paku datang dari seberang
                           Aku mencari Aku di dalam aku
                           Rupa-rupanya Aku sembunyi di dalam terang!


Apa maksud pantun itu?
Hmm... tak cukup kalau nak dihuraikan di sini. Siapa yang faham tu, fahamlah ya...




.

Tuesday, November 6, 2012

Mutiaara-mutiara yang berhamburan...

.
Kita melompat ke tema tepi pantai pula...

Foto ini aku ambik sekitar 4pm di Pantai Puteri, Melaka beberapa bulan lepas.
Motif aku ambil foto ini ialah percikan air yang membias cahaya matahari
seolah-olah butir-butir mutiara yang baru dimuntahkan oleh tiram-tiram besar..










.

Saturday, November 3, 2012

Bunga Api

.
Jom main flower fire, kata Dr. Singa...
JOMMM.....! kata aku.











.

Thursday, November 1, 2012

Seni menangkap objek yamg terbang laju ya amat!

.
Foto tak berapa sharp sebab tangan cepat lenguh nak topangkan kamera.
Tripod tak ada...











.