Foto ini pula diambil di pantai yang sama di bawah dan pada masa selang beberapa minit selepas itu.
Motif aku ambil ialah jaring / pukat atau mungkin juga jaring yang dibuat buaian.
Aku 'hapuskan' latar belakang yang terdiri daripada laut, pulau dan pantai.
Aku hapuskan bukan dengan menggelapkannya
tetapi aku terangkannya sehingga ia 'sembunyi di dalam terang'
Seperti pantun Hamzah Fansuri:
Paku bukan sebarang paku
Paku datang dari seberang
Aku mencari Aku di dalam aku
Rupa-rupanya Aku sembunyi di dalam terang!
Apa maksud pantun itu?
Hmm... tak cukup kalau nak dihuraikan di sini. Siapa yang faham tu, fahamlah ya...
.
19 comments:
mendalam maksud pantun tuh...:P
malasnya aku nk fikir pagi2 nih...
hihi.
.
Ena,
dah tau maksud, senyap2 ye... hehehe
kasi saspen sikit..
TM
ok. takpe.
ptg karang ko pikir..
.
dalam baju ada aku,
dalam seluarpun ada aku,
dalam kepala jugak ada aku...
...dan aku ada di luar, di dalam, jauh ke dalam, sehinggala tenggelam... aku di situ.!
di kaki langit aku nampak aku...!!
sedang berdiri mencari aku...!!!
eh... letih ar nak pikir, sampai jadi mengarut la pulak...
.
sepa,
dalam baju aku ada sepa,
dalam baju sepa ada lisa surihani...
hah, camner tu?
...tang ada lisa surihani tuh yang aku takbleh tahan.!
sepertinya jam di tangan berhenti bergerak...
degup di jantung, bertambah gegarnya,
nafas dihela, tersekatsekat iramanya...
kerdipan mata, seperti petikan di gitar...!!!
hahaha...
dino gay.
kah2.
.
sepa,
kita kongsikan lisa yang sama... keh keh keh
TM,
auww..!!
jangan tuduh2 mak, nok.... huhuhuhu
sembunyi dalam terang.
macam sleeping with your enemy.
errr...perumpamaan ni takleh pakai. sila abaikan.
GB,
betullah tu... sleeping with enemy
banyak maksud ni!
KA,
banyak sangat, kak.
Aku sentiasa ada di sisi dan memerhati setiap detik dan ketika..
kadang2 kita lupa bahawa Aku itu adalah Aku yang kita cari dimana2 sebenarnya ada di dalam diri kita sendiri...
erkkk .. terbelit2 dah.. tapi itu lah Aku...
CPL,
ya... kita mencari-cari di dalam gelap tetapi sebenarnya ia ada di depan mata... terang lagikan bersuluh..
Muhamad : cahaya. ( nur ) datangnya dari cahaya ( Allah )
Kelip kelip ku sangka api
Kalau api mana dapurnya
Hilang ghaib ku sangka mati
Kalau mati mana kuburnya
Bentang tikar 3 helai
Sorang cerdik sorang pandai
Menjadi jaguh ditengah balai
Dasyat
Kenal diri
Post a Comment