Wednesday, December 26, 2012

Welcome Home...Bro.

.
Foto buat mengakhiri koleksi December 2012...











Selamat Tinggal Tahun 2012



.

Monday, December 24, 2012

Serupa tapi tak sama..

.
Sekor boleh dibuat umpan memancing, sekor lagi tak boleh...










.

Tuesday, December 18, 2012

2nd Chatcibor Song...

.
Sekor aku nak bagi kat TasekM...
Sekor aku nak bagi kat CikPuanLawa...
Sekor lagi aku nak bagi kat Sepa...
(GB dah dapat sekuntum bunga letup-letup yang cantik)
Ok... jom buat umpan memancing!














.

Monday, December 17, 2012

The Chatcibor Song..

.
'ssssshhhh...' aku kata
'aku tak makan ko...' kata aku lagi
'sebab aku makan nasi lauk ikan puyu, bukan lauk chatcibor.' dan lagi.






Dia baik. DIa tak lari pun walau aku datang dekat-dekat dia... hi-5 fren!






.

Saturday, December 15, 2012

The wild flower I don't know her name....

.
Ini bunga kepada sejenis tumbuhan liar yang menjalar.
Ada buah. Semasa muda ia hijau, bila dah matang ia kuning danboleh dimakan.
Aku panggil ia pokok letup.

Foto ini ditujukan kepada GadisBunga...
dengan ucapan, apakah nama bunga ini sebenarnya?



Aku suka foto ini sebab White on Red...






.

Thursday, December 13, 2012

Si Labah-Labah lagi...

.
Aku suka ambil yang mudah-mudah... labah-labah ini tak pandai nak nyorok
dia tak ada kepak nak terbang
dan sarangnya terlalu sensitif terhadap kerosakkan...



Sabar menunggu rezeki dihantar Tuhan


Labah-labah yang sama tetapi shot yang lain...



Angle cahaya matahari yang kena dengan butir2 embun pada sarang ini.. Mana tuan rumah? pergi mandi junub agaknya..





.

Wednesday, December 12, 2012

Hikayat si Penenun Embun

.
Dia pintal embun pagi menjadi benang pelangi
Menjadi tali, menjadi pengikat rindu suci
 Ditenun menjadi tudung seri buat si wajah murni
Lalu aku datang menitipnya menjadi suri mahligai hati







... dan aku bukanlah si superhero Spiderman.




.

Tuesday, December 11, 2012

The Blue Hour versi bendang....

.
Orang lain berbulan, aku pun berbulan...
Orang lain ber'blue hour', aku pun nak juga
tapi orang lain ber'gether-gether', aku 'alone-alone'
berlatarbelakangkan sawah padi.



Yang ini aku enhance warna birunya.... alang-alang dah biru kan...?


Yang ini aku apabila matahari dah mula menjengah, dah kurang sikit birunya...





.

Monday, December 10, 2012

Oh Bulan, bawaku naik dengan cahayamu... aku mahu lihat bintang

.
Orang lain asyik letak foto bulan... aku pun nak letak juga
Tapi asyiklah tak menjadi sebab tangan aku ketar
dan lensa aku kurang panjang...
tapi aku gagahkan juga untuk mencuba kerana aku tak mahu ketinggalan kapal..











Friday, December 7, 2012

Ketenangan pagi yang hening...

.
Tranquility ...
Melihat air yang mengalir lembut dan tenang
Embun yang masih melekat pada rumput
Pagi itu sungguh indah...















.

Thursday, December 6, 2012

Anak Ikan

.
Dua foto yang mungkin tak ada kena mengena...
Tapi anak-anak ikan itu mengingatkan aku kepada sesuatu... sesuatu yang sungguh silam sifatnya
Tapi aku lupa...



Anak ikan kepala batu? Atau ikan Guppy? aku tak kenal kerana jauh...


Seekor ikan puyu naik ke atas mengambil udara... tiba-tiba aku teringin mahu pancing ikan puyu tu tapi biarlah, masih anak lagi...



.

Wednesday, December 5, 2012

Langit dan Bumi

.
Daun-daun yang hijau... dan langit yang biru
Macam BN dan PAS
Satu di langit dan satu di bumi
Jauhnya mereka...


Di dalam semak lalang itulah aku mengejar rama-rama comel yang aku entrikan sebelum ini







.

Tuesday, December 4, 2012

Koleksi air yang ganazs...

.
Air tu memang keruh begitu, bukan sebab calouring agent...
Lihatlah betapa ganasnya air...
Masa: 1.30 - 1.45pm
Lokasi: Terusan air di kampung aku di T.Intan











.

Monday, December 3, 2012

Koleksi foto rama-rama kecil lagi...

.

Dua lagi rama-rama yang kecik yang aku hendap pagi Ahad semalam.
Oleh kerana kecik sangat, aku kena datang dekat-dekat untuk ambil foto.
Maklumlah, lensa aku cuma standard Nikor 55mm je.
Masa sessi fotografi: 8.30-9.15am, malam tadinya hujan sehingga tengah malam
Cahaya: sumber dari matahari pagi
Lokasi: di sekitar semak samun di sebelah rumah orang tua di kampung Perak.


Lihatlah betapa kecilnya rama-rama ini... lebih sikit dari lebar daun rumput padang..


Adakah spesis baru? Aku nak rasa juga nama aku diabadikan dalam nama biologi...


Ini pun seekor lagi... tak lebih dari sehelai daun rumput kapal terbang...


Dan kerana ianya kecil, aku merapatinya serapat yang boleh tanpa mereka rasa terganggu dan terbang...





.

A tiny litle moth I don't know her name...

.
Mendapat inspirasi dari kawan kita si TasikM tentang entri rama-ramanya sebelum ini.
Aku berkesempatan untuk berembun pagi di kampung hujung minggu tadi.
Sambil menanti embun hangus dijilat api mentari.
Aku sibak-sibak rumput dan lalang hijau, mencari-cari subjek untuk fotografi.
Dan aku temui rama-rama kecil yang terbang sana-sini.
Yang ini untuk kali ini, masih ada 2 ekor lagi untuk nanti-nanti.



Bukan senang nak kejar rama-rama kecil di dalam semak.... senang sangat dia menyelinap.


Namun berkah ketabahan dan kesabaran, aku hembuskan serapah supaya dia kekal diam untuk aku oles-oles dengan kamera aku..






.