Mendapat inspirasi dari kawan kita si TasikM tentang entri rama-ramanya sebelum ini.
Aku berkesempatan untuk berembun pagi di kampung hujung minggu tadi.
Sambil menanti embun hangus dijilat api mentari.
Aku sibak-sibak rumput dan lalang hijau, mencari-cari subjek untuk fotografi.
Dan aku temui rama-rama kecil yang terbang sana-sini.
Yang ini untuk kali ini, masih ada 2 ekor lagi untuk nanti-nanti.
Bukan senang nak kejar rama-rama kecil di dalam semak.... senang sangat dia menyelinap. |
Namun berkah ketabahan dan kesabaran, aku hembuskan serapah supaya dia kekal diam untuk aku oles-oles dengan kamera aku.. |
.
7 comments:
macam dah ok je kamera ko zam...
aniwey..
marbeles klosap!!
kejap.
berapa jauh kamera dgn kupu2 nih..?
.
santek nye rama2...
tergoda dari mata turun ke hati...ahhaaa,...
Doc,
mana ok nyer..
bahagian garisan hitam kat atas tu aku crop.. jadi setiap kali aku nak ambik foto, aku kena compensate siap-siap ruang untuk garisan hitam tu... huhuhuhu...
TM,
foto yang memula tu dalam 4 kaki jauhnya...
tapi foto yang ke dua tu aku rasa dalam 2-3 jengkal je, dgn kata lain serapat yang lense standard Nikor tu boleh fokus. Jadi, ko bayangkan betapa dedikasinya aku bergerak perlahan-lahan agar rama2 tu tak terbang...
CPL,
sekali imbas, erama tu macam biasa je tapi bila aku close-up baru aku nampak details... cantik rupa2nya...
mari kita lihat senario ini, pulak :
sekiranya moth tuh sedang terbang, dan temptation ko nak ambik gambar moth itu tinggi... dan ko tahu moth itu spesis yang belum ada nama (sebab ko dah belek2 buku tentang moth dan nama2 moth.!). ko pulak, ingin memiliki hak untuk namanya... namanya mungkin nanti sempena nama ko - kisah jerih payah dan sedikit luck untuk menemui moth itu...
soalannya : adakah ko akan itu sama cuba untuk terbang...?!
ralat :
adakah ko akan itu sama... sepatutnya;
adakah ko akan ikut sama..
Sepa,
mungkin aku ikut sama terbang...
atau mungkin aku kepit dia celah2 buku kemudian aku framekan kemudian aku pos ke universiti untuk kajian lanjut... hahaha
Post a Comment