Saturday, March 30, 2013

Ombak laut yang keruh

.

Dalam misi aku mencari jalan pulang melalui jalan lama yang telah aku tinggalkan,
aku melencong ke tepi pantai yang aku tak tau apa namanya.
Ia di belakang sebuah institusi politeknik sebelum Sabak Bernam tetapi selepas daerah Hj. Dorani.


Abaikan garisan putih di atas foto. Itulah kekurangan kamera aku...


Ombak yang datang keruh dengan lumpur, mungkin di situ penuh dengan selut


Lihat sahaja kulit-kulit kerang di pantainya. Mungkin di situ ada banyak kerang. Kalau ada kerang, adalah pari dan ketam.





.

18 comments:

sepa said...

kalau di situ ada banyak kulit kerang, tentunya di situpun banyak orang makan kerang. hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku syak kalau ada kulit kerang, ada tamadun purba pernah menjadikan itu pelabuhan purba kerana kulit kerang pernah menjadi matawang...

Syed said...

Err... tak nampak pun garisan putih.
Anyway, perhaps horizon tu boleh kasi straight kan bro :)

Mungkin juga kerang2 mati sebab pencemaran. Selut tu agaknya datang dari kawasan perindustrian atau construction berdekatan. It's a shame that pantai yg begitu cantik tapi berselut.

Nizam.Ariff said...

Syed,
Ada garisan putih selebar 1 inci..
bukan putih sebenarnya tetapi satu kawasan melintang yang lebih cerah...

mungkin juga itu kawasan pantai yang berselut... dekat dengan paya bakau...

Telor Power said...

gambar no satu lawa.
tak tahu pula ada kawasan pantai dekat sabak bernam.

eh dekat sabak bernam kan bro kawsan ni?

Nizam.Ariff said...

Telor power,
dekat-dekat Sabak Bernam tapi macam masih daerah Sungai Besar je... aku tak tau sangat tempat ni...

aza ni said...

aku goog, dia kata pantai yang dekat dengan tu pantai sungai haji dorani


ada marine park juga selain homestay

betul ke?

Nizam.Ariff said...

Azani,
Tak... pantai ni betul-betul di belakang sebuah politek entah apa namanya...

Telor Power said...

N.A
Ok boleh cari tu, sedikit info dan gambar dah boleh tanya org2 sekitar

Nizam.Ariff said...

Telor Power,
Ko nak pegi situ ke?
kalau tak silap aku, jarak dari simpang jalan utama K.Selangor-Lumut adalah dalam 10-12km baru jumpa sekolah tu.

PutriPurnama said...

lukisan alam semula jadi, membuatkan hati ingin berpuisi.Benar2 cantik.
Terimakasih kongsikannya.

Nizam.Ariff said...

puteri purnama,
sama2... dan berpuisilah kamu...

Anonymous said...

stil pic2 yg sgt menarik ! tq share ye

Nizam.Ariff said...

KA,
Thanks....

SuzieLAWAti said...

nizam,

mungkin daerah pantai bagan nakhoda omar.... (BNO)...
pantai sabak...

aza ni said...

psis politeknik sultan idris shah

Lily Abdullah said...

Macam aku pernah tengok pantai ni..sama mcm Telok Kemang.

Nizam.Ariff said...

CPL,
Hah.. baru aku teringat... betul tu..
Bagan Nakhoda Omar... thanks..


azani,
hah.. betullah tu...


Waterlily,
Telok Kemang?
Jauh sangat tu.... hahaha