.
Perahu... melambangkan kehidupan.
Perahu nan sebuah ... sendirian hidup.
Perahu nan sebuah dalam gelap malam ... sendirian hidup dalam kesunyian.
Air ... melambangkan lorong perjalanan.
Air tenang ... dimensi lain dalam perjalanan.
Air tenang ada bayang-bayang perahu... cerminan diri sepanjang perjalanan itu
Bayang-bayang itu seiras perahu ... itulah kita, siapa kita.
Kalaulah aku berada di atas perahu itu,
pasti bayang-bayang aku itu samar-samar tak keruan,
kerana itulah aku, siapa aku, tak nampak jalan di depan.
.
6 comments:
bayang2 tidak akan nampak sekiranya ada aku didalam perahu itu..
kerana kocakan air oleh ketidakseimbangan diri ku..
membuatkan bayang2 itu hilang..
yang ada hanyalah kekeruhan air di kali...
CPL,
*gulp* <- telan air sungai
Perahu belayar sarat muatan,
Terumbang ambing ditengah lautan;
Patah layar hilang haluan,
Nahkoda pintar cekal bertahan.
Perahu belayar tamsilnya diri,
Mereda lautan di malam hari;
Andainya diri banyak berbakti;
Tiadalah gundah didalam hati..
(baca dalam irama syair )
Puteri Purnama,
Bagaikan bulan menerangi alam,
Bintang tak padam dihujani embun,
Bayang-bayang pudar menjadi kelam,
Ibarat dosa belum berampun.
Kalau tinggi matahari di langit
Tinggi lagi bintang berkelip
Kalau berbakti upah digamit
Segala budi kan hilang sekelip
pesal tak macam syair pun...?
:p
.
TM,
Memang tak pun.. kakaka
Itu aku bagi tau perumpamaan perahu dan air dalam syair...
Post a Comment