Friday, August 31, 2012

Padi Angin...?

.
Semalam gambar padi yang hijau dan masih muda.
Kali ini, aku tonjolkan padi yang dah masak.
Ini bukan musim menuai. Musim menuai dah lepas.
Ini saki baki padi yang tak tertuai atau yang tumbuh sendiri... di panggil Padi Angin.

Sengaja aku letakkan besar-besar foto ni... buat jelas warna-warna kehidupan di sawah sana..







Sesungguhnya aku rindukan ketenangan lalu. Walau pun ada geloranya, aku masih mampu ceria dengan semua itu. Semoga semua itu kekal hingga ke anak cucu untuk merasainya...






.

Thursday, August 30, 2012

Sawah padi di Sg. Manik

.
Aku suka sawah padi berbanding dengan ladang-ladang lain.
Entah kenapa, tenteramnya terasa amat lain daripada ladang-ladang jenis lain.
Mungkin kerana elemen tumbuhan, tanah dan air yang menghidupkan sawah itu sendiri.
Juga terasa lapangnya bumi ini...











Aku juga suka lihat musim-musim yang berubah... warna-warna yang berubah mengikut arah angin.
Suka layang-layang yang terbang, suka jerami yang menapai busuk tetapi aku masih suka baunya, sukakan pokok-pokok pisang dan mempelam yang tumbuh di batas-batasnya.
Sukakan pokok kelapa yang melambai-lambai ditiup angin petang, lambaiannya tanpa ada halangan dari pokok-pokok hutan yang tinggi...


Aku ada abadikan dalam bentuk puisi ringkas di sini....







.

Wednesday, August 29, 2012

Kumbang oh kumbang...

.

Kita sudahi cerita si lalat. Pada kali ini, kita lihat pula kumbang nan seekor ini.
Kumbang yang kesepian, berseorangan menapak di atas simen yang keras, terdedah kepada pemangsa (jika ada).
Aku rasa yang ini kumbang betina sebab kalau yang jantannya mestilah bertanduk, kan?
Aku cuba cari yang jantannya kalau-kalau ada dekat-dekat situ tapi tak ada.



Aku rasa ini kumbang tahi... tapi tak ada pula abang aku bela lembu atau kambing. Tahi abang aku? tak akan lah...


Memang benar, aku terpaksa menonggeng untuk ambil foto ini kerana aku tak ada lensa yang boleh zoom sampai ke bulan. Walau pun aku menonggeng, perut aku tak cecah lantai simen, haraf ma'alum.
Jadi, tak payahlah nak bayangkan aku menonggeng macam mana...





.

Tuesday, August 28, 2012

Lagi... tentang Lalat mengenang masa depan yang duka...

.

Ada yang sambar body kamera Nikon D3200 karang nih...!

Tapi...
Aku bukan manusia jenis habis madu sepah dibuang merata-rata...
Aku masih berteguh-janji dengan D3100 untuk bersama selama-lamanya.
Walau pun dah cacat, cacatnya ia ketika bersama-sama aku.



aku syak ini lalat jantan sebab lain macam bentuk dan warnanya...



Aku tak tau kenapa berpuluh-puluh lalat tertarik dengan Bunga Senduduk Putih tu...



Aku pukau lalat ni supaya tak terbang baru boleh shoot...







.

Monday, August 27, 2012

Wajah-wajah duka sang Lalat di Senduduk Putih

.

Ini adalah saki baki gambar yang boleh diselamatkan selepas di'crop'.
Tema kali ini... wajah-wajah duka sang Lalat...
Jangan tanya aku kenapa duka pula.
Lalat tu melambangkan Nikon aku yang bakal berulat...!












Koleksi kedua esok-esok aku tampal.

Lalat ni menghurung pokok Senduduk Putih yang penuh mistik tu...



 




.

Sunday, August 26, 2012

Nak tukar hobi...

.


Petang tadi aku ke Alamanda.
Aku pergi ke kedai Nikon, tempat di mana aku beli Nikon aku tu.
Apabila aku tunjukkan foto-foto yang terjejas, pekerja di situ syak sensor (berfungsi sebagai retina) mungkin rosak.
Dan ironinya, kamera aku baru berumur 1 tahun 3 bulan (lebih kurang).
Bermakna, baru je habis tempoh jaminan.


Ini yang buatkan aku nak tukar hobi nih.
Hobi berkamera ini rupa-rupanya mahal.

Jadi, aku rasa nak mulakan hobi mengumpul setem.
Siapa-siapa yang nak jadi pen-pal?










.

Friday, August 24, 2012

Mayday! Mayday! Mayday! Tolong!!! Aku ada masalah ni.....

.
Sebenarnya, kamera aku yang ada masalahnya...

Masalahnya ialah ada satu garisan gelap di atas foto tu. Kalau landscape, garisan tu kat atas. Kalau aku tegakkan, garisan tu akan turut menegak di sebelah kiri foto... sebagai contoh, lihat foto2 di bawah ini..



1/160s, ISO-100, non-edited


1/200s, ISO-100 , non-edited.



Aku guna secara manual.
Masalah garisan gelap tu akan menjadi lebih ketara kalau shutter speed melebihi 1/125.
Kalau shutter speed aku lajukan sampai ke 1/800 misalnya, garisan gelap itu akan menjadi garisan cerah la pulak berbanding dengan foto yang dah gelap sebab speed laju sangat. Seolah-olah garisan tu 'degil', tak mahu mengikut setting yang aku buat.


Apa masalahnya? Adakah setting dalam menu tertentu yang aku dah 'kacau'?
Atau shutter aku yang bermasalah?
Atau lense aku yang bermasalah?
Aku elektronik kamera aku yang ada masalah?

Tolongin aku deh...!






.

Thursday, August 23, 2012

Koleksi Embun di pagi Syawal...

.
Aku, kalau balik ke Perak, banyak benda yang aku boleh tembak...
Tapi sejak akhir-akhir ini, kamera aku dah tunjuk tanda-tanda 'sakit'.
Nanti aku tunjukkan sakitnya macam mana...




Di tepi sawah yang telah dituai padinya... lorong itu sebenarnya kesan laluan tayar mesin pemotong padi.



Aku tak tahu nama rumput ini tetapi kalau pagi-pagi banyak sungguh embun yang melekat padanya. Kalau dihayunkan tangan, pasti basah tangan aku



Setitis embun dihujung daun yang masih belum hilang walau mentari telah menyinar garang...



Ini pun sama juga, embun yang masih belum pudar disesah angin pagi...



Kemana semua kawan-kawan menembak pergi ni?
Takkan beraya tak bawa kamera... Tak bawa kamera untuk beraya sama seperti tak bawa duit raya untuk anak buah...






.

Tuesday, August 21, 2012

Matahari di pagi Syawal 2012... di Perak

.




Lebih banyak foto akan di muat-naik di fotoblogaku.blogspot

Nanti-nantilah tapi.








.

Langit yang rerramanya berterbangan...

.
At least, itulah yang aku nampak... rerama... keh keh keh














.

Friday, August 17, 2012

Kesamaan dan perkaitan....

.

Cuba cari kaitan di antara dua foto ini.
Atau cuba cari persamaan kedua-dua foto ini.










Sungguh kebetulan, ada sebutir bintang di atas bulan yang berbentuk seludang kering itu... kebetulan pula aku menjumpai di malam itu.






.

Wednesday, August 15, 2012

Labu Panas...

.




Pekerja tu tayang skill la tu..







.

Tuesday, August 14, 2012

Potrait di malam hari yang sungguh silver-grey

.
Mungkin ada yang kata, muka masing-masing ganazz-ganazzz
tapi aku masih hidup untuk sebarkan foto wajah ganazz mereka.
membuktikan yang mereka taklah seganazzz aku...




Nampak ganas tapi hati ada bunga... dulu2 la...




Jangan terpedaya, asap rokok tu tak keluar ikut ibu jari... gambar blurr




Ini pun jenis tak mau duduk diam... blurr gak








.

Percubaan untuk potrait pula...

.
Aku cuba berjinak-jinak dalam foto potrait pula.
Bukan sekadar potrait tetapi aku cuba memasukkan mood ke dalam potrait itu.
Seolah-olah potrait itu ada 'rasa', ada sesuatu yang ingin diceritakan melaluinya...

Buat permulaan, 2 foto dahulu...




1/5", ISO 800, no speed light.






1/5", ISO 800, no speed light.. dia ni jenis bercakap kepala tak duduk diam, payah betul nak shoot dengan 1/5" setting tu.



Oh ya..!

Juga shoot tanpa guna tripod...






.

Monday, August 13, 2012

Tentang sungai yang hilang...

.

Berkenaan dengan foto entri sebelum ini, kolam yang sebenar ialah ini.,.
pada asalnya, ia adalah sebuah sungai yang merentasi petak2 sawah
dari belakang foto itu sehinggalah ke penjuru kiri gambar tu... panjang
dan lebarnya lebih kurang 30 kaki.

Dulu, sungai itu dalam dan penuh mistik (dgn cerita ikan Bujuk yang membunuh seorang budak, 
dan peristiwa budak kena sorok di bawak batang Bungor).
Antara cerita2nya ada di sini (bungor-leban),

Dan dulunya sungai ini penuh dengan pokok teratai dan ceritanya ada di sini (teratai).


Sekarang, inilah sahaja bahagian yang tinggal. Semuanya telah dikambus untuk meluaskan sawah.
Manakala bahagian ini sengaja dibiarkan pemilik untuk dibuat kolam ikannya
dan tempat itiknya bermain-main.

Kalau sudah baca kedua-dua link entri di atas itu, aku rasa kamu mungkin faham kenapa
ianya amat menggamit nostalgia silam...




Foto ini tanpa edit...





.

Mengait memori senja...

.

Aku mencari kedamaian dari bait-bait silam
Aku ketemukannya bukan dibalik awan
tetapi diantara kiambang kecil
yang hijaunya memaut memori
tentang hijau pucuk padi
dan puyu yang menangkap belalang...











.

Saturday, August 11, 2012

Sebuah rumah usang di tengah hutan...

.
Rumah yang gagal disiapkan sudah sekian lama aku tengok begini...











.

Wednesday, August 8, 2012

Srikandi dan srikanda Meriam ...

.
Sebenarnya, mereka-mereka ini adalah pemain meriam tanah generasi muda.
Kesinabungan tradisi letup-letup...



Batang buluh yang kering digunakan untuk mencucuh meriam. Hujung buluh itu direndamkan dalam minyak tanah sebelum dibakar.



Salah seorang 'hero'. Aku tengok dia ni yang selalu cucuh meriam tu. Mungkin dia yang lebih berani. Perlu diingat, kalau mencucuh meriam bermakna sebelah telinga tidak akan dipekup, maknanya telinga itu akan bingit yang teramat apabila meriam meletup kuat. Itulah sebabnya hanya yang berani sanggup pergi cucuh meriam tu.



Mangkuk untuk karbaid dibuat daripada tin sardin dikerat dua, diapitkan di celah  belahan pelepah kelapa sawit muda kemudian diikatkan dengan dawai. Kenapa dawai? kerana di dalam meriam tu panas dan berapi. Kalau guna tali rafia, sahih akan putus.



Seorang 'srikandi' yang melarikan diri sejurus sebelum meriam diletupkan. Oleh kerana aku ambil fotonya, bermakna kedua-dua belah telinga aku terdedah kepada letupan dan menjadi bingit seketika


Antara keburukkan bermain-main dengan karbaid ialah badan berbau karbaid, mata dan hidung jadi pedih kerana asap karbaid jika tersedut adalah sangat berasid.

Karbaid biasa digunakan di kampung-kampung sebagai bahan pemangkin untuk peram buah cempedak atau pisang... kegunaan lain ialah untuk meriam.







.

Anak-anak yang menceriakan hari-hari menjelang Syawal..

.
Aku akan bercerita tentang mereka dalam entri-entri akan datang.
Buat masa ini, inilah wajah-wajah kanak-kanak yang tulus menceriakan hari-hari menjelang Syawal.















Lihatlah wajah-wajah mereka...





.

Monday, August 6, 2012

Saki baki foto di Putrajaya...

.
Ada sikit lagi foto-foto sekitar Putrajaya...



Bulan di celah-celah batang besi jambatan...


Besi jambatan ketika cahaya merah...


Besi jambatan ketika cahaya oren...



Kadang-kadang aku tak faham kenapa lampu menyuluh jubin jalan...







.

Sunday, August 5, 2012

Penghabisan stok Putrajaya...

.
Aku tampal banyak-banyak sebab nak habiskan stok Putrajaya.
Lepas ni aku nak tukar tema.
Lepas ni nak buat tentang suasana menjelang Syawal pula

































 






.