Monday, August 13, 2012

Tentang sungai yang hilang...

.

Berkenaan dengan foto entri sebelum ini, kolam yang sebenar ialah ini.,.
pada asalnya, ia adalah sebuah sungai yang merentasi petak2 sawah
dari belakang foto itu sehinggalah ke penjuru kiri gambar tu... panjang
dan lebarnya lebih kurang 30 kaki.

Dulu, sungai itu dalam dan penuh mistik (dgn cerita ikan Bujuk yang membunuh seorang budak, 
dan peristiwa budak kena sorok di bawak batang Bungor).
Antara cerita2nya ada di sini (bungor-leban),

Dan dulunya sungai ini penuh dengan pokok teratai dan ceritanya ada di sini (teratai).


Sekarang, inilah sahaja bahagian yang tinggal. Semuanya telah dikambus untuk meluaskan sawah.
Manakala bahagian ini sengaja dibiarkan pemilik untuk dibuat kolam ikannya
dan tempat itiknya bermain-main.

Kalau sudah baca kedua-dua link entri di atas itu, aku rasa kamu mungkin faham kenapa
ianya amat menggamit nostalgia silam...




Foto ini tanpa edit...





.

14 comments:

Dr Singa said...

meremang bulu tengkuk aku baca budak yang kena lilit akar bungor tu..
dia meninggal lama lama lepas kejadian..? sakit?

Nizam.Ariff said...

Doc,
entahlah...
itu cerita orang tua-tua.. bukan zaman aku jadi aku tak pasti mati kenapa. tapi nak beritahu, kampung aku dulu jauh dari hospital. kalau setakat sakit demam tu, bomoh je yang dipanggilkan.... jadi, faham-fahamlah...

sepa said...

camner nak tuai 4pokok sawit kat seberang tuh.?!

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku rasa kalau tergolek masuk ke dalam kolam, dia kait guna galak tu... buah tu diambil guna kereta sorong... ikut batas sawah.

tempat aku berdiri ambil foto tu sebenarnya ada jalan lebar menuju ke rumah usang dalam entri sebelum ni.
kereta pun boleh lepas.. lebar..

sepa said...

ooo... cam tuh ker. baru aku bulih bayangkan...

apa kata ko buat satu entri yang khas gambarkan suasana kampung ko tuh, dari segi kedudukan geografi, sosiokehidupan, sosioekonomi, rumah tok penghulu dan sebagainya... macam yang dibuat oleh Khaled Hosseini dalam novel 'A Thousand Splendid Suns'...

:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku akan buat kalau ko pun buat tentang kampung ko dulu...

"Sepa: A memoir of my Kampung"... amacam?

sepa said...

nanti aku cuba... tapi zaman kanakkanak aku memorinya ada di dalam 5 buah kampung yang berbeza dan jauhjauh.

memandang Sigmund Freud kata, memori mula terbentuk di usia 5tahun, aku cuba describe kampung yang berkaitan jeh... dan dalam ruang memori...

ko pun tau kan. benda yg kita tengok besar masa kecikkecik dulu, sebenarnya adalah sangat kecil sekarang...

.

:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku lebih berminat dgn aktiviti2 kampung ko masa ko kecik2 dulu..
sesuatu yang mungkin sekarng dah tak ada...

sepa said...

oooo yang itu...

itu jam, rumah kitaorg tepi padang golf.
jadi kebanyakkan masa produktif, kita jadi Kedi.
cerita lain...
tentang curikcurik main golf, atau
buat kayu golf dengan kayu bakau...

menarik jugak ar.!

:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
hah... apa lagi...
gunakan gaya cerita ko yang bersahaja...

tasekM said...

misteri la kampung ko nih...

Nizam.Ariff said...

TM,
jom jalan2 kat kampung aku.
malam-malamlah tapi.

tasekM said...

jalan dengan ko...?
bior aku jalan dgn hantu tak pe lagi...

kikiki...

:p




.

Nizam.Ariff said...

TM,
ko tak caya dgn aku?

percayalah.... tak de apa-apa.. its OK... kah kah kah