Aku cuba kongsikan warna-warna kelam dan kusam ini dengan awak.
semoga awak dapat merasai dunia gelap pula, yakni dunia yang wujud di sebalik terang.
awak hayatilah, ya.
'Ya' kata jiwa aku.
Lokasi: Kolam ikan yang telah tak beroperasi.
Kesan kemusbahan akibat racun rumpai untuk membunuh kiambang yang bertaut-taut.
Apabila disurutkan, begitulah yang ada di dasarnya.
Manakala batang kayu yang mereput itu ialah pokok Rambutan tua yang satu masa dulu berlubang di terasnya dan mempunyai cerita mistik yang ada di sini ...
.
11 comments:
" ya "
saya juga berkata
dunia aku sedia kusam....
.
doc,
terima kasih kerana bersama-sama aku mengiyakannya... hahaha
TM,
errr... ko pun berkata 'ya' bersama-sama jiwa aku?
takpe, meh kita layan kasi jiwa kita kelam... dah lama tak update MerungMahawangsa ni... hahaha
jiwa dah memang kelam...
baru nak mencari juwa yang ceria..
dah kelam semula.. errmmm...
walaupon kelam ia nampak hidup... kategori "bangkai bernyawa" ... ehh.. ape saya merepek di dunia kelam ini... ahahahaaa.....
maap yee tengah kelam....
CPL,\
kadang-kadang kita temui kedamaian dalam kelam...
bila semuanya telah kusam dan gelap, cahaya sebutir walau sebesar kelip-kelip akan kita hargai dan sungguh mendamaikan...
cubalah cari kelip-kelip tu, ye ...
skerimuvi betul tajuk entri ko!
tetiba macam nak pegi tengok kelip2 kat kuala selangor... tangkap sekor bawak balik....
GB,
bukan ko je..
aku tgk balik gambor tu pun macam seram je nak jalan kat kolam tu malam2.. hahaha
CPL,
kalau itu bisa mendamaikan, apa salahnya...ko tangkaplah seekor dan simpanlah dalam hati semoga beroleh ketenangan pula...
seram eh tajuk, sehinggakan buah kelapa nampak cam tengkorak.!!!
kusam benar kusam. :P
sepa,
masa ambik aku tak seram..
lepas tengok balik, aku pulak rasa seram
padahal itulah tempat aku berkubang masa kecik2 dulu....
Post a Comment