Sunday, July 7, 2013

Anak teruna orang...

.

di Anjung Batu...



Pada malam itu, di Anjung Batu...
Dia menadah kasih yang direnjis bintang
Buat bekalan perjalanan selama sezaman.

Dan aku?
Aku merakam waktu yang membeku
Bungkam malam amat terkesan dihatiku

Dan perahu itu, yang aku ceritakan itu
aku lihat perahu itu keseorangan di situ
ada tertambat sekejap di belakang si teruna itu.





.

10 comments:

Telor Power said...

waduh...waduh.... susahnya aku nak faham ni

the malay male said...

tinggi sangat bahasa nya... huhu

Dr Singa said...

Anjung Batu kat mana?
Melaka eh..

Nizam.Ariff said...

Telor Power,
Memang aku nak kasi orang susah nak faham... .kakaka


the malay male,
kalau nak kasi orang faham, aku tulis direct je, ni memang nak bagi susah nak faham... hehehe



Dr. Singa,
Haah.. jalan ke arah Muar sikit dari Umbai, jumpa la tempat tu... tak crowded sangat macam di Umbai...

CiKPuaNLawA said...

adakala kesunyian yang membungkam ..

dan perahu yang di tambat..

mengajar kita erti menghargai..

mangajar kita apa itu ke hidupan..

Nizam.Ariff said...

CPL,
Sunyi....
kita biarkan hati berbicara pula.. .kita dgrkan apa katanya....

gadisBunga™ said...

hensom. mata kuyu. rambut stailo. heheh!

Nizam.Ariff said...

GB,
Dah dewasa nanti mesti hensem tu... jadi dambaan gadis Melayu... kakaka

Kesuma Angsana said...

amboi siapa lah anak bujang yg bertuah di fotokan ini hehehe

Nizam.Ariff said...

KA,
itu anak sedara...