Thursday, May 10, 2012

Simbol-simbol rahsia yang ada pada bulan...

.


dah siap baru perasan, dua-dua simbol itu imejnya terbalik...



macam simbol golden phi...

Golden Phi (sebut gol-den pai) juga dikenali sebagai the golden ratio, adalah hasil penemuan oleh Fibonacci. Dia terkenal dengan Siri Fibonacci seperti berikut: 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21..... siri tersebut dibina dengan cara mencampurkan 2 nombor terakhir untuk menjadi nombor yang seterusnya.

Dan setiap kali satu nombor dibahagikan dengan nombor sebelumnya, ia akan memberikan satu nisbah. Semakin besar nombor tersebut nisbah itu akan mendekati nombor 1.6666667 atau 1.67. Nisbah inilah yang dinamakan Golden Ratio. Dikatakan nisbah ini sering digunakan oleh para artis (pelukis, perekacipta dsb) dalam karya mereka. Dikatakan jika nisbah ini diikuti, karya-karya itu akan menghampiri kesempurnaan.

Ada sesiapa nak cuba kira nisbah [ketinggian]/[jarak tapak kaki ke pusat]? Aku dah kira. Nisbah aku [178/105] = 1.69. Kiranya, aku hampir dah kepada Golden Ratio.



 


.

10 comments:

sepa said...

yer yer...
ko dah menghampiri,
tapi,
ko tak 'leggy'...
:p


*0.02 tuh masih besar, bang.!

sepa said...

eh ko ingat lagi tak formula yang Chasiman bagi...

katanya, dari sumber yang sah. ini formulanya (aku masih ingat...!)

U bahagi 2, campur 7.

contohnya :

umur aku 40 tahun, bahagi 2 jadi 20, campur 7, jadi 27...
maknanya : (ikut kata Chasiman la...)
pada umur 40tahun, kita tertarik tengok pompuan yang umurnya 27tahun.

*eh, bang pie apdal umur braper?, kak zahida braper?

sepa said...

dah jumpa. aku gugel tadi.!

bang pie apdal, 54 tahun.
kak zahida, 37.

ok, kita kira...

54/2 jadi 27 + 7 jadi 34.

*dah dekat.!!! bang pie kena carik yg 34 baru tepat. :p

Aku said...

sepa,
pandai-pandailah ko...

jap, aku nak kira umur anak aku..

12/2 .... +7 = 13

takkan anak aku minat budak 13 tahun?

sepa said...

eh. dah dekat la tu.

*sebab tuh le org kata umur2 cam tuh, cinta monyet.

Sigmund Frued kata : cinta sesama rakan sebaya.

.

Aku said...

sepa,
cer ko +5, baru bergetah sikit... hahaha

gadisBunga said...

background kaler biru dalam gambo no 2 lebih aku minat.

tasekM said...

jarak tapak kaki ke pusat..?

tak koser la nk kira.



.

Aku said...

GB,
kaler biru sebab aku cerahkan foto tu... padahal pekat malam tu.



TM,
pesal? pusat payah nak cari ek....

sepa said...

aku dah kira...

170 bahagi 101, jadi 1.68... lagi hampir.!

*brader, dlm fotography pun diaorg apply formula nih...
contohnya,
kalau ko ambik gambar tuk kenang2an, yg nak
backdrop landskap ka, atau beautiful building,
ko kena divide frame ikut formula itu. pastu objek
berada di zon yg dikira dlm formula itula jugak...
.

ko try brader.!

.
eh. satu lagi, kalau ko ambik gambar pemandangan, dan
ko nak buat framing, objek framingpun dalam formula itu jugak.!
contohnya,
gambar 'Puncak Gunung Ledang di balut awan' ko tuh.!
kalau ko lebihkan imej pepokok hijau, dan ko L
shapekan menjadi framing, nampak lebih berkesan...!

.
aku dah kira, untuk dua2 kes tuh, brader...