Saturday, April 13, 2013

Ini bukan propeller... bukan jugak kipas...!!!

Ini bukan propeller...!!!
.

.
Ia bukan jugak kipas...!!!

.
Dino kata :
"aku merasakan, pengalaman dan kisah silam sedang mengejar kita, samada kita mahu atau tidak... gila, kan...?!..."
.

"Kenapa tunggu.?!", tanya Jamal.

Dino menggaru-garu dahi. Tidak gatal dahinya itu, lalu diusapnya, mengelap peluh. Telapak tangannya juga basah oleh peluh, dibentangnya telapak tangan itu seperti kipas, cuba untuk menyerap keselesaan.

"Apakah yang akan berubah di antara sekarang dan dahulu...?!", soal Jamal lagi.

Dino mencapai songkok, diletakkannya songkok itu di kepala, dibetul-betulkan pula duduk songkok itu, senget sedikit. Dino senyum.

"Segala-galanya, Jamal. Segala-galanya.!!!", balas Dino.

"Kau boleh sahaja mengabaikan keyakinan bodoh tentang kisah silam itu, tentang pembaziran, tentang kesombongan-keangkuhan, tentang kekayaan yang mengarut... tetapi, yang paling menjengkelkan : telah terlalu banyak kenangan manis menghilang begitu sahaja...", sambung Jamal.

"Congkak dan guli dilupakan...!", pintas Dino.

Mereka merenung pada bangunan putih yang tertegak megah di hadapan gerai Makcik Wok itu. Bangunan itu seolah memendam nafsu, dan dindingnya pula berkilau keemasan dipancar cahaya pagi...

"Ingatan dan peringatan tentang kisah silam, telah mengotori pandangan dan pemandangan aku...!", tambah Dino. Matanya yang cokelat dan nampak pucat itu (dan mungkin lesu) seolah sedang mengkaji dan menguasai...
.
 "Aku mahu mengundi...!!!", tegas Dino.

7 comments:

Nizam.Ariff said...

"ahh..!!! Jangan Harap aku nak mengundi!" kata Dino pada akhirnya...


kaklong said...

undi anda adalah 'RAHSIA'...kihkihkih

Nizam.Ariff said...

kaklong,
takde nyer rahsia....
boleh je trace kalau nak... hahaha

Telor Power said...

Aku juga xnak mengundi.... malas

Nizam.Ariff said...

Telor Power,
malas?... hahaha
tapi lebih baik daripa buat undi rosak, kan?

Kesuma Angsana said...

yg penting kena undi yer

Nizam.Ariff said...

KA,
tak mao... tak mao..