Tuesday, April 9, 2013

Apabila laut memanggil seorang pengembara yang lelah...

.


Marina, Lumut.

Laut, kalau geloranya sampai ke sini
pasti ombaknya dapat merangkul aku, membawa aku ke tengah sana
Syukur kerana ia telah tenang, geloranya hilang menjelang siang

Aku silap, laut tak pernah akan tenang, geloranya tak pernah akan hilang
kalau tidak gelora di sana, pasti gelora berpindah ke dalam dada
riak-riak kecil kini kian melonjak, dada gemuruh ditampar deburan ombak


Lalu aku meniti hingga ke hujung
melayangkan diri ke dakapan laut, aku hanyut
dan hilang
dalam waktu merangkak petang
suram
kelam

... aku tenggelam.




.

12 comments:

Dr Singa said...

lelah..?

asthma..?

hehehhee

CiKPuaNLawA said...

sesak napas ... semputttt...!!!!.. ehheee..

Nizam.Ariff said...

Dr. Singa,
hah.. cepat bagi aku nab 20cc sekaligus... hehehe


CPL,
ye la... kita tgh sedey2 nih....

gadisBunga™ said...

ololo. nak eskrem??

Nizam.Ariff said...

GB,
lama tak pekena eskrem malaysia la... belikan?

tasekM said...

kenapa sedih..?

Nizam.Ariff said...

TM,
tak boleh citer... huhuhu

Telor Power said...

Tgk laut...mmg tenang ketika layan rasa duka melanda

Nizam.Ariff said...

Telor Power,
Kadang2 laut berbisik ke telinga kita melalui ombak-ombak yang dihantarkannya...

Kesuma Angsana said...

mmg cantiklah...

Nizam.Ariff said...

KA,
thanks

sepa said...

lampu sebatang tuh senget eh.!