Sunday, April 7, 2013

Laut, Ombak dan camar yang tiada

.




Lihatlah laut yang luas itu bergelora,

Ada permata indah di balik gelora
Manusia optimis berkata
Ombak dugaan itu melapisi habuan bahagia
ada hadiah dibawahnya.



Aku pula berkata
Hati-hati, mungkin hadiah itu tiada
Mungkin karang tajam di bawah gelora
Ombak ganas datang bawa awal berita
Akan sebuah bahtera yang hancur dibenam duka
Lalu dihiris, dikunyah karang tajam yang sedia menganga.





.

16 comments:

Puteri Purnama said...

..atau hadiah itu benar ada
bingkisan seekor tiram tua
yang sentiasa tabah dan setia
Mengasuh sebutir mutiara
tertanam didasar laut dalam
berteman batu karang..
yang kemudiannya memberi nilai berguna
sebutir mutiara ribuan harga
menghiasi busana indah
milik seorang kaya..

( hehehe entah mainan kata aje..aku sambung puisi diatas tu.. gambar ombak berwarna tu cantik)

Nizam.Ariff said...

Puteri Purnama,
Ombak berwarna bukan direka-reka
memang selut dan air berbaur sama
tohor dan kotor sudah bertanda
angkara alam ataukah manusia?

Dr Singa said...

alaaa..
aku nak ngomen tahap biasa-biasa je boleh..?

:)
ko buat slow shutter kat sini sure cantik zam!

CiKPuaNLawA said...

lumut tu kategori kologen ke..?!..
boleh makan..ahhaaa...!!!!

Nizam.Ariff said...

Dr SInga,
Aku dah cuba buat tapi tak boleh...
masa tu tgh hari... nak buat slow shutter, aku tak bleh control yg lain kasi gelap... tak pandai lagi..



CPL,
aku tak tau lak lumut ada kolagen...
rumpai laut mungkin la kut...

tasekM said...

slow shutter di kala panas rembang gitu gaya perlukan filter.
kalau tak mmg putih je la gambar tu.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Oooo.. patutlah... aku cuba 3-4 kali tak menjadi...

lenkali aku nak letak mama punya rayban kat depan kamera la...

sepa said...

Weih, mana aci guna rayban.!!!

apa kata ko guna welding-glass... ko bulih buat slow yg sgt slow eh.! lagi murah bang. lima kupang jeh sekeping.!

aku pernah tembah matahari guna welding-glass. hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
Hah..? 50 sen ka?
Ooo.. bukan topeng welding tu ek...

gadisBunga™ said...

kalau ada jumpa welding glass mintak jasa baik post ke aku. Sebab aku cari welding glass ke sana sini namun hampa. Last2 aku beli sebijik nd filter. Melayang 200.

Nizam.Ariff said...

GB,
Welding glass tu ada dijual kat engineering hardware kalau tak silap... kalau tak, beli welding mask yang plastik tu, kopakkan dan ambil kaca hitam yang 4 segi tu je.. boleh ke? tak gelap sangat ke?

Dr Singa said...

lagi gelap lagi bagus zam!

CiKPuaNLawA said...

itu hari kita dah kopek spek mata.. untuk buat filter...
siyes.. menjadi...
hehehe....

Nizam.Ariff said...

Dr. SInga,
Ye ke ni?
Nak kena cari gak la kalau gitu


CPL,
hah.. aku ada rayban... nak cuba menjadi gak ke tak...

Kesuma Angsana said...

amboi.. hebat betul bunyi bahasanyer tu !

Nizam.Ariff said...

KA,
sikit2 je... hehehe