Thursday, August 30, 2012

Sawah padi di Sg. Manik

.
Aku suka sawah padi berbanding dengan ladang-ladang lain.
Entah kenapa, tenteramnya terasa amat lain daripada ladang-ladang jenis lain.
Mungkin kerana elemen tumbuhan, tanah dan air yang menghidupkan sawah itu sendiri.
Juga terasa lapangnya bumi ini...











Aku juga suka lihat musim-musim yang berubah... warna-warna yang berubah mengikut arah angin.
Suka layang-layang yang terbang, suka jerami yang menapai busuk tetapi aku masih suka baunya, sukakan pokok-pokok pisang dan mempelam yang tumbuh di batas-batasnya.
Sukakan pokok kelapa yang melambai-lambai ditiup angin petang, lambaiannya tanpa ada halangan dari pokok-pokok hutan yang tinggi...


Aku ada abadikan dalam bentuk puisi ringkas di sini....







.

13 comments:

Dr Singa said...

aku takut lintah

tasekM said...

ada ke sepa kata kita tua...
dia lagi tua dr kita ye dak...?


*wink wink*



.

Nizam.Ariff said...

Doc,
huh... hari2 tgk darah pun geli kat lintah?



TM,
dia dah separa gondol.. dia tua ...

*wink-wink*


CiKPuaNLawA said...

sg manik mana ni...?!..

selangor eyh...eyhh perak.. eyhh.. ke negeri laen..

dalam sungai tu banyak manik ke..?!..
ahhaaa...

tetiba teringat iklan jalaludin hassan..

" sebutir nasi ibarat setitik peluh petani..." ..

Nizam.Ariff said...

CPL,
Teluk Intan...
Sg Manik terkenal dgn insiden 13 Mei
dan Kg. Medan (jln klng lama) sebab dia org turun ke situ kalau ada pergaduhan kaum...

ramai org sg manik kat situ kut...

Hanamiko Sakura said...

cer pergi tali air.. hehehe

Nizam.Ariff said...

Hanamiko
masa tu taliair dah kering...
kalau ada air, aku ambik gambor dah

Kesuma Angsana said...

sukanyer KA tgk foto ni !

sepa said...

TM & Dino,


eh. yang sebenarnya, ko kona kot manapun, aku, young at heart. hahaha...


.

:P

Nizam.Ariff said...

KA,
ada nostalgia pekat ke?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
ko hisap rokok... tang mana young at heart nyer.... dah bersarang tu...
hahahaa

gadisBunga™ said...

AKU PUN ADA GAMBO PADI. KAT KEDAH LE TAPI. NANTI AKU TARUK.

Nizam.Ariff said...

GB,
pesal sehari ni guna CAPS?
keyboard sangkut ek?... hahahaha

aku masih belum pandai nak tangkap gambor padi secara lansdcape dengan sempurna... setting asyik tak mengena jer...