Monday, June 25, 2012

Karikatur daripada cahaya... entri tiru-tiru lagi

.
Dalam blog aku yang lagi satu, aku ada letakkan beberapa emoticon grafiti yang diperbuat daripada cahaya.
Oleh kerana aku tak mahu tonjolkan muka aku di situ, aku tutup segala sumber cahaya.
Namun, timbul pula kemusykilan sama ada aku buat guna lampu suluh atau tidak. 
Jadi, aku buat satu foto yang berlatar belakangkan dinding dan bingkai gambar.
Ya, aku buat di atas katil sahaja...


Kenapa masih tak nampak aku? kerana aku buat grafiti tu di dalam gelap gelita. Setelah sudah, aku berdiri di belakang kamera dan barulah aku buka lampu ... untuk baki masa dedahan yang ada.



Hasil lain yang tak menjadi (sebab tangan aku bukan tangan artis dan berseni)...


Aku main 'tic-tac-toe'.. ye ke itu namanya?


Aku nak buat muka 'Squidward Tentacles' tapi tak menjadi... tak sempat lukis hidung... tak jumpa 'pilot point' ... hahaha


'Spongebob Squarepant' pun sama, tak sempat nak buat tali leher dan muka...







.

11 comments:

amn said...

wow, ron......




hebat

Nizam.Ariff said...

Azani,
saja suka2 je... tak kuar belanja...

tasekM said...

kalau nk lagi long exposure sila guna bulb ye tuan.
bukan setakat spongebob.
satu lautan tu ko bulih lukis.

:)



.

amn said...

err syarat utama perlu beryashica atau canon...kalau takat bernokoia....tak dapat....

betul tak abang ron/ kak taz?

gadisBunga™ said...

suka yg nombor 3!

Nizam.Ariff said...

TM,
takpe la.. aku buat guna apa yg aku ada dulu. kalau aku beli tapi tak ada masa nak gunakan, baik tak payah beli... kan?



AMN,
haah.. nokia belum cukup. Kamera cikai filem lama pun boleh juga. Aku pernah buat tapi kena half-press lama sikit dan guna filem iso rendah...



GB,
aku pun suka yg tu tapi aku fokus nak buat spongebob malam tadi tapi tak menjadi....

tasekM said...

kenapa pulak nk kena beli..?
tekan je la kat kamera tu.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
boleh ek?
nanti ajar aku kat menu mana nak dicarinya....
aku tak habis explore lagi ....

sepa said...

ko main Tic Tac Toe, menang ader hadiah, tak.?!

haniaiman said...

at least ko dah cuba..jadik le tu dari aku yg kompom langsung tak pernah nak mencuba..kompom le aku tak tau..uwaaa...meh ajar siket!

Nizam.Ariff said...

Sepa,
hadiah air peluh je...



LadyD,
mula2 ko kena ada lampus suluh yang terang, bilik atau latar belakang yg gelap, set iso 800 je, pilih 'shutter' 30s, guna timing button. bila dah buka, baru enter-frame. lepas tu menarilah dengan lampu suluh sampailah shutter terkatup.... selamat mencuba.