Wednesday, February 6, 2013

Koleksi ' Nocturnal' sekitar Tasik S, Alam...

.
Pada malam minggu lepas, 
selepas membuat light trail di NKVE dari atas jambatan ke Taman Pertanian Bukit Cherakah, 
aku jalan-jalan di Taman Tasik S.Alam.

Bermula jam 10 pm, sifat nocturnal aku pun bangun dari tidur...


Rupa-rupanya, 1 dari 4 menara masjid sahaja yang dibiarkan bercahaya... bukan semua menara.


Suasana tasik yang bersebelahan dengan Masjid Biru diwaktu malam... dekat-dekat pukul 11 pm kut


Tasik yang sama tetapi dari sudut yang lain. Tak sangka, walau malam gelap tetapi dengan setting yang sesuai, malam yang gelap jadi terang...


Samalah dengan pintu gerbang ini, walau hanya disinari lampu di jalan, bukaan yang lama menyebabkan segala-galanya terang. Kalau ada orang 'ehem-ehem' pun boleh nampak...



Sila tunggu koleksi 'Nocturnal 2' pula....





.

18 comments:

kucingorengemok said...

malam yang ungu... menarik

Dr Singa said...

chop..
check jap blog siapa...

Dr Singa said...

pehh..
kalau ada tripod ni.. pasti lagi mantap..

tasekM said...

nanti pi berblue hour pulak eh...?

CiKPuaNLawA said...

edisi semalam sehari eyhhh...!!

DrSam said...

tak ramai yang berminat keluar malam dan buat tangkapan. Tahniah Nizam!

Nizam.Ariff said...

KOG,
ENtah dari mana datangnya ungu tu pun aku tak tau...


Dr Singa,
Kah kah kah... nak kutuk aku takde tripod la tuh... aku kreatif, aku pancangkan ranting kayu buat tripod....



TM,
Jap nak tanya, blue hour tu subuh ke senja? sebab dua-dua ada warna biru...



CPL,
Hahaha... ko ingat aku tak tidur malam ke? tapi memang balik lewat tengah malam pada malam minggu tu... hahaha




Dr. Sam,
Sebenarnya, kamera aku tak boleh buat shutter speed tinggi, tu sebab sesuai keluar malam2 je... hahaha

Yunus Badawi said...

Kalau ko pegi menembak waktu malam dekat2 kawasan aku ni aku nak ikut. Nak belajar mcmana org menembak gambar cantik2 mcm ni

Nizam.Ariff said...

YB,
gambar tu cantik sebab 20 foto yg lain tak cantik... hahaha

maknanya, cuba try test setting berkali-kali untuk satu foto... kalau dah pro, tengok suasana je dah tau setting parameters tu macam mana dan sekali shoot terus jadik... aku belum sampai tahap tu lagi..

Dr Singa said...

bak alamat..

nak main bagi-bagi...

izat_ttdi@yahoo.com

gadisBunga™ said...

pink kan malam tu...? hewhewhew~

Nizam.Ariff said...

Dr Singa,
dah...


GB,
Aku tak pasti kenapa pink.
aku tengok langit gelap je.
aku rasa itu digital punya pasal la...

Nurr Kasih said...

best dapat buat slow shutter.. lps ni try star trails pula..

Syed said...

Bro, setting WB you apa ye for the lake shots tu?

Nizam.Ariff said...

Nurr Kasih,
tak slow sangat... maksimum 30 saat je. Pernah buat dulu tapi tak menjadi sebab tak lama sangat dan tak ada remote button. kalau tekan manual nanti gegar...



Syed,
Aku tak pasti yang tu berapa. Aku main shoot lepas tu tengok cemana. Kalau kureng, aku adjust shutter speed je, yang lain tu termasuk WB dan ISO aku auto kan... malas nak adjust banyak parameters.... tapi ada satu bende tu yang tulis +/- aku adjust bagi lebih +0.3, Entah apa namanya aku pun tak tau... hahaha

sepa said...

gambar yang cantik dan menarik.

Nizam.Ariff said...

sepa,
ko bila lagi nak buat nih?

sepa said...

aku cuma ada kumira henpon jeh, bang! hehehe