Tuesday, February 7, 2012

The fight for the right to survive... the birds and a green snake

.


Dua ekor burung seperti mahu bergaduh telah menarik perhatian aku untuk aku buat pemerhatian dengan lebih dekat. Apabila aku menyusup di bawah rimbun daunan, mereka bukan bergaduh sebenarnya...




Burung-burung itu telah dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sebesar jari tengah aku yang dinaikkan menegak. Baru aku tahu, burung-burung itu telah ditakutkan oleh ular tersebut...



Ular tersebut tidak mahu lari walaupun kicauan burung-burung tadi membingitkan telinga. Anehnya, ular itu juga amat berani walau pun aku begitu hampir dengannya. Juga, aku terlalu berani untuk hampiri ular itu...




Oleh kerana kedua-dua pihak enggan mengalah, aku perlu menjadi pihak yang ke-3 untuk meleraikan pergaduhan itu. Aku goyang-goyang batang pokok itu menggunakan tangan sehinggalah ular itu terpancul lari..







.

5 comments:

gadisBunga said...

ko ni....ular pekak lah!

*

udah gaya mcm fotografer national geografik. hebat!

tasekM said...

ular daun tak de bisa, kan..?

Aku said...

GB,
ye ke? Mana aku tau. Burung tu pun tak tau, tu sebab walau pun burung tu bising, ular tu buat 'nehen' je... tau 'nehen' tu apa? kakaka

Aku susup sampai tangan aku terluka kena duri pokok bunga ros...




TM,
Ular tu tak de bisa, tu sebab aku berani... keh keh keh..

kalau ular kapak, mampus aku tak dekat...

tasekM said...

burung tu bising bukan sbb nk bg ular takut tau.
dia nk ngaborkan ke kawan2 dia yg ada ulor celah situ.




yg benar,
mak burung

Aku said...

TM,
ye ke?
patutlah lepas tu ada 2-3 ekor lagi terbang dekat-dekat situ...

ko pandai bercakap dengan burung ek?