Wednesday, January 16, 2013

Sub-Con ke orang lain...

.

Outsourcing...

Itu istilah yang digunakan jika berada di Procurement atau Purchasing Department.
Biasanya diatas pertimbangan bahawa kos di luar lebih murah secara keseluruhannya (Total Cost of Ownership)
berbanding kos  di dalam.
Atau tiada kemampuan atau/dan kebolehan (capacity and capability) untuk melakukannya sendiri.

Kes aku pula ialah yang kedua, tiada kemampuan atau kebolehan untuk membolehkan aku berfotografi.
Aku perlu jemur kamera dan begnya.
Kerana apa? Kerana aku temui beberapa tompok kulat pada bahagian luar lensa.
Dan aku syak ia berpunca daripada beg yang lembab dek hujan dan dah lama tak berfotografi.

Oleh itu, maka dengan ini, sehingga kamera aku dan diri aku sendiri berfungsi, aku cagarkan blog aku ini
kepada sesiapa yang sudi berkongsi foto dan ceritanya.

Silalah dan janganlah segan....




.

7 comments:

tasekM said...

bukan cagarlah.
pajak...

:)


nak aku sambung menjajahtakluk ke nih..?
aku mintak 1 n3 je tu hari.. :D



.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku dah invite ko jadi author... hahaha

Ada sesiapa lg yg sudi ke?

Kesuma Angsana said...

he he betul ke ni!

CiKPuaNLawA said...

meh sini letak gambo mengarut nakk...

saya cadangkan...

kite orang donate gambau... pastu pilih.. sape punya rasa2 kena pada mata ..pastu post..

chop... cher try ambek gambo dgn tompok2an itu ..seni ape...!!!

Nizam.Ariff said...

KA,
Betul....
Mula2 adik ipar yang cakap... aku check memang betul ada kulat!



CPL,
tak yah donate gambau...
terus buatkan entri terus.. lepas tu kita judge, entri siapa yang menawan, nak tak?
Kat bawah entri tu kena la letak nama dan blog link masing2...
kalau ko nak, aku invite as author...

gadisBunga™ said...

sila jangan pilih daku. heheheh~

Nizam.Ariff said...

GB,
malah sebaliknya, aku mengharapkan kamu, oh GB...