Wednesday, January 11, 2012

A golden plate with an attitude .. RM5,000? (Updated)

Usia piring kecil ini mencangkau 15 tahun!


Pertama kali aku menjejakkan kaki aku ke Jepun dan pertama kali juga aku menaiki kapal terbang. Pertama kali juga aku bersembang dengan orang Jepun sambil makan Shushi. Lima hari aku di sana, orang Jepun itu tak serik-serik menyuruh aku mencuba Shashimi (hidangan mentah) dan aku pula tak serik-serik mengelak dan meminta tangguh hingga ke hari akhir.

Sudahnya, aku makan Tempura. Namun, Jepun ini memang terkenal dengan persistence dan consistence, jadi tak serik-serik diajarkan aku Shashimi. Ada sekali itu, dia hidangkan aku dengan sepinggan ikan kembung yang masih hidup dan mulut masih buka-tutup sedangkan badannya telah pun dikelar-kelar nipis. Aku kata, aku tak boleh makan ikan yang masih hidup, itu alasan aku jer.

Dimalam terakhir, aku dah tak dapat lari lagi kerana aku berjanji sebelum aku tinggalkan bumi Jepun, aku akan makan Shashimi. Jadi, dia ajak aku ke sebuah restoran ketam. Maka, bermulalah transformasi aku. Segala jenis ketam dihidangkan dan aku terpaksa makan... manis rupa-rupanya!!! Bermula dari itulah, aku berjaya di'khatan'kan menjadi orang Jepun... ceit!




Baca sendiri deskripsi yang ada di belakang piring berharga ini...




Signature (circle) of this piece of treasure...


Piring di atas itu sebenarnya aku pesan daripada seorang rakan yang berkursus di sana, aku minta dia belikan satu kerana aku terlupa. Masa itu aku beli dengan harga RM50. Sekarang? Entahlah... RM5,000 agak-agak ada orang nak tak?

Aku nak beli lensa yang boleh zoom sampai ke bintang...



.

6 comments:

tasekM said...

5k?
kot ko dpt jual dgn harga tu mmg aku tabik kat ko tetiap pagi selama sebulan.

Nizam.Ariff said...

TM,
hmm.. tunggulah.. satu hari nanti, pasti berhasil....

100 tahun lagi misalnya..

keh keh keh...

aza ni said...

Jepun......terkenang zaman mencari jam di Ueno....

sepa said...

aku rasa boleh jual rm5j. :p

Anonymous said...

mushi.mushi..watashiwa LadyD des..err...betul ke cenggini ckp jepun?

Nizam.Ariff said...

Azani,
aku pun ada beli jam masa kat sana... the first full titanium watch, termasuk dia punya tali jam...
lepas tu kawan cakap titanium senang kena sambar dek kilat...



Sepa,
Hmmm... aku cuba la dulu. Kalau aku rendam dalam selat melaka 500 tahun, mungkin bila cucu cicit aku keluarkan balik harganya RM5j...



Haniaiman,
salam.. salam... aku tak pandai cakap Jepun. Kalau orang jepun sembang dengan aku, aku cuma cakap... watashi wa wakaranai.... hahah