Sunday, January 29, 2012

The spider web edition...

kalau dah nak dapat rezeki, celah mana pun boleh buat perangkap cuma kena usaha je ...



Oh, ya. Penghuninya masih tidur...ssshhh.... aku tak mahu ganggu...






.

16 comments:

tasekM said...

suka gambar ni.

aku ingat nak meredah semak gak la nak cari spider web.
gambar spider web aku tu... aku sgt2 la tak puas hati dgn hasilnya..




.

Nizam.Ariff said...

TM,
ko kena mainkan elemen cahaya... spider web ni sutera, cantik kalau ada cahaya kena padanya. Lagi satu, mainkan angle, mungkin ada angle tertentu yang memberikan hasil yang lebih menarik. satu lagi, spider web ni kosong je, kalau boleh cari elemen lain untuk bantu... macam foto web ko yang kedua tu... ada daun kering misalnya..

tasekM said...

spider web yg aku amik smlm tu bawah pokok yg agak rendah.
dan betul2 tepi tasik.

aku nk cari angle sedap punya payah.
aku beralih sikit mmg jatuh tasik.

aku main petik je.

tak suka aku ambik gambor gitu.
mmg tak ada jiwa rasanya...




.

Nizam.Ariff said...

TM,
weh.. kat tasek tu ada buaya tak? bukan ke kat situ yang ada buaya terlepas tu?

tasekM said...

tasik ayer keroh sebelah zoo tu..?
ye ke ada buaya terlepas..?
ko jgn...

aku nk pi berkayak ni sok...





.

Nizam.Ariff said...

TM,
bukan ke dulu ada buaya terlepas sebab banjir? buaya tembaga... tapi tak taulah kat kolam mana satu.

Nizam.Ariff said...

TM,
dah nama pun zoo.. mestilah banyak binatang. silap-silap Naga pun ada dalam dasar tasik tu... Naga berlumut yang sedang menunggu masa..

tasekM said...

itu kes kat jasin ke sungai rambai sana..
ke kesang...?
belah ayer keroh ni mana ada...








ko jgn mcm2...
kang aku suruh ko teman aku pi berkayak kang...
aku dah la fobia ke buaya.
letak singa depan aku tak pe lagi.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ye ke? bukan ke daerah ayer keroh...taman buaya punya?

Ko berkayak ni sampai ke tangan ko nak menganyuh? Ko tak takut ke tetiba ada ikan Toman atau ikan Tapah terbalikkan kayak? itu belum lagi buaya tembaga naik ke permukaan air untuk ambik nafas...

kalau aku, akutak yakinlah nak berkayak kat tasek. air tasik ni berbisa, menyedut. dia tak bergerak jadi kat atas panas, sekaki kebawah je dah sejuk.

aku tau lah sebab aku ada sijil kayak. aku pernah kayak dari KK ke T.I ikut sungai perak masa sekolah menengah dulu. Aku juga selalu bawak kayak aku ke tasek2 kat Tepen untuk training. Tu sebab aku tau macam mana rasa air tasik sebab salah satu acara dalam training tu ialah capsize and self rescue (terbalikkan kayak lepas tu cuba betulkan balik kayak dan naik semula). Aku juga pernah main kat laut di Pantai Merdeka, Kedah sana ..

dalam 3 situasi itu, aku lebih rela laut, lepas tu sungai, lepas tu tasek... tasek memang yg last sebab kalau ko jatuh, ko pasti tenggelam kalau tak de pelampung. kalau ada pelampung pun kaki ko akan krem sebab perbezaaan suhu air...

aku nyaris lemas kat tasik yang tenang jer.. sebabnya, kaki aku krem tiba-tiba sebab air tasik tu sejuk kat bawah ...


amacam? nak kayak kat tasek?

tasekM said...

saja buat aku patah semangat je ko ni tauuuuuu....!

kreh kreh krehhhhhhhhh...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
keh keh keh....

ala.. ko tambatlah badan ko pakai tali ke pokok tepi tasik...kalau jatuh, senang org nak selamatkan

sepa said...

yeh yeh yeh... ko kayak jeh. ikut cakap Dino, tambat kat pokok guna tali-kambing.

kalau ko jatuh, seru nama aku...!!! aku akan segera datang.!!!
hahaha... romantik tak aku, Dino.?! macam Mail dlm Ombak Rindu, kan,?!

eh. apsal n3 korang pasal spider jeh nih.?!

*aku nak buat projek yg berkonsepkan spider la jugak. :)

gadisBunga™ said...

wuuu. lawo...lawo..!

betul cakap ko. kene main elemen cahaya, angle, dan elemen lain sbg pembantu. mmg kelas.

aku rasa ko dgn kak tas punye borak tu dah serupa macam dalam ym. kehkehkeh!

Nizam.Ariff said...

Sepa,
cepat cari spider. aku masih ada 3 foto lagi belum publish nih....




GB,
Hahaha... dah hari ahad. banyak masa, bolehla berborak panjang... kehkehkeh..

tasekM said...

sepa,
perghhh... gila romatik.
rasa nak terjatuh cinta dah nih...






keh keh.


.

Nizam.Ariff said...

TM, Sepa,

Woi .. woi... ingat sikit la kat aku ni....

nak letak aku celah mana?