Thursday, August 23, 2012

Koleksi Embun di pagi Syawal...

.
Aku, kalau balik ke Perak, banyak benda yang aku boleh tembak...
Tapi sejak akhir-akhir ini, kamera aku dah tunjuk tanda-tanda 'sakit'.
Nanti aku tunjukkan sakitnya macam mana...




Di tepi sawah yang telah dituai padinya... lorong itu sebenarnya kesan laluan tayar mesin pemotong padi.



Aku tak tahu nama rumput ini tetapi kalau pagi-pagi banyak sungguh embun yang melekat padanya. Kalau dihayunkan tangan, pasti basah tangan aku



Setitis embun dihujung daun yang masih belum hilang walau mentari telah menyinar garang...



Ini pun sama juga, embun yang masih belum pudar disesah angin pagi...



Kemana semua kawan-kawan menembak pergi ni?
Takkan beraya tak bawa kamera... Tak bawa kamera untuk beraya sama seperti tak bawa duit raya untuk anak buah...






.

9 comments:

aien said...

chantekkk !!!

Nizam.Ariff said...

aien,
tapi kamera dah nak rosakk... huhuhhu

amn said...

embun time gini sesuai buat mandi tak? sebab dah masuk dhuha gayanya..

ratu siput said...

suami RS dah balik...siaplah kejenye menembak je.cuma raya ni tak bwk sgt kemana2.just amik potret2 keluarga je... :)

Nizam.Ariff said...

azani,
bulih.... bulih jee...
tapi embun tu sejuk... gigil weh kalau kena kulit tubuh aku... hahaha




RatuS,
hah... apa lagi, ikut shoot gak la....

sepa said...

kat sini, sesah bermaksud cuci, merujuk kepada cuci baju secara memberus.

:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
oo.. kat belah sini sesah tu bermaksud dilanggar/dirempuh/disingkirkan secara kasar

CiKPuaNLawA said...

suka yg nombo 2....

Nizam.Ariff said...

CPL,
eh.. samalah kita!
aku suka sebab macam gebuuuu je aku tengok rumput2 tu...