Wednesday, August 8, 2012

Srikandi dan srikanda Meriam ...

.
Sebenarnya, mereka-mereka ini adalah pemain meriam tanah generasi muda.
Kesinabungan tradisi letup-letup...



Batang buluh yang kering digunakan untuk mencucuh meriam. Hujung buluh itu direndamkan dalam minyak tanah sebelum dibakar.



Salah seorang 'hero'. Aku tengok dia ni yang selalu cucuh meriam tu. Mungkin dia yang lebih berani. Perlu diingat, kalau mencucuh meriam bermakna sebelah telinga tidak akan dipekup, maknanya telinga itu akan bingit yang teramat apabila meriam meletup kuat. Itulah sebabnya hanya yang berani sanggup pergi cucuh meriam tu.



Mangkuk untuk karbaid dibuat daripada tin sardin dikerat dua, diapitkan di celah  belahan pelepah kelapa sawit muda kemudian diikatkan dengan dawai. Kenapa dawai? kerana di dalam meriam tu panas dan berapi. Kalau guna tali rafia, sahih akan putus.



Seorang 'srikandi' yang melarikan diri sejurus sebelum meriam diletupkan. Oleh kerana aku ambil fotonya, bermakna kedua-dua belah telinga aku terdedah kepada letupan dan menjadi bingit seketika


Antara keburukkan bermain-main dengan karbaid ialah badan berbau karbaid, mata dan hidung jadi pedih kerana asap karbaid jika tersedut adalah sangat berasid.

Karbaid biasa digunakan di kampung-kampung sebagai bahan pemangkin untuk peram buah cempedak atau pisang... kegunaan lain ialah untuk meriam.







.

12 comments:

sepa said...

yer yer karbaid menghasilkan ethylene, enzim untuk buah masak...

*mana gambo meriam tengah meletup...???!!!

tasekM said...

tgk penyepit tu aku teringat ke ayam percik..


.

Dr Singa said...

kat mana ada jual kabait?

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku cuba gak ambik tapi tak sempat. cuma nampak debu terbang je. kalau malam mungkin boleh...





TM,
besor giler penyepit tu.... ayam belanda percik kut...




Doc,
kat kedai runcit di kampung2 masih ada, kedai peraih buah mesti ada.

jap, pesal tanya? nak buat meriam gak ke?

SuzieLAWAti said...

kecik2 saya pon maen meriam tanah.. tin susu adek jadi mangsa yee...

dan karbaid tu dulu adalah murah...

kena kayu beluti kat montot gan arwah abah sebab ikot along mean meriam... ahahaaa

Nizam.Ariff said...

CPL,
pesal abah marah?
ooo.... kamu kecil lagi ek...
Kadang2 kami masukkan karbaid ke dalam lubang tikus atau lubang apa-apa dan curahkan air dan letupkan.... hahahaa

SuzieLAWAti said...

abah risau kot.. anak dara dia lasak bebeno dah rupe budak jantan..huhu..

Nizam.Ariff said...

CPL,
hehehe..... tak dapat nak bayangkan camner comotnya ko masa tu...

Anonymous said...

akuuuu.................elerjik munyik meriam..kecuuuttttt

Nizam.Ariff said...

LadyD,
aloolooohhh... ciannyer...
pekup la telinga pejap-pejap. Mata buka sebab nak tengok api yang keluar tu.... hahaha

Dr Singa said...

hahahaaaa....

rahsia!!

Nizam.Ariff said...

Doc,
ko nak peram buah cempedak eh...